Sekolah bakal dibuka pada September nanti. Selamatkah anak anak kita nanti ?
Pagi ni aku kejut anak anak bangun awal kecuali , si anak dara. Kenapa aku tak kejut dia ? Hurm.. kalau aku kejut dia, program berjalan awal pagi akan terbatal dengan sendirinya. Dia insan yang payah nak bangun pagi tapi kalau dah bangun, payah nak tidur semula. Gitulah. Hahahaha.. Yang lagi dua ni, senang nak bangun.. senang nak tidur ! Zahra ikut style aku la tu.. masa muda muda la. Heee..
Ok... Sahaja aku penuhkan aktiviti anak anak dengan bermain. Aku tahu diorang bosan dan tepu duduk di rumah. Cuma tak terluah jer. Bila aku ajak mereka keluar berjalan, terus melompat nak ikut. Diorang pun perlu lihat kehijauan bumi Allah ni. Lagi pun pusing kat taman ni jer. Alhamdulillah , di taman aku ni takda kes Covid 19 setakat ni. Tu yang berani keluar. Taman taman sekitar yang lain, ada banyak dah kes. Dan aku keluar awal pagi. Waktu orang tak ramai.
Aku nampak rakan rakan di media sosial menaikkan status mengenai persekolahan yang bakal dibuka 1 September nanti. Nampak macam ramai ibu bapa menentang dek kerana kes sekarang bukan calang calang punya ! Ditambah katanya ada varian baru yang cukup merbahaya. Allahuakhbar.... semoga Allah lindungi kita semua.
Bagi aku.. itu perancangan Kementerian Pelajaran Malaysia. Keputusan itu dibuat setelah mengambil kira situasi semasa pandemik Covid-19 serta perbincangan bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Ketetapan ini terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM. KPM sentiasa bekerjasama rapat dengan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) bagi memastikan kadar vaksinasi dalam kalangan guru, pentadbir dan kakitangan sokongan di sekolah dapat terus ditingkatkan.
Aku tak rasa sama sekali sekolah akan dibuka. Mereka akan membuat perbincangan semula. Kes kematian pun tinggi. Apakah mereka sanggup ambil risiko ? Sedangkan parlimen yang baru ada beberapa kes , terus ditutup.. ni kan pulak sekolah ? Adeh... Giler apa ???
" Namun begitu, KPM akan terus mengambil kira penilaian risiko oleh KKM dan MKN bagi melihat sekiranya terdapat keperluan untuk membuat perubahan terhadap tarikh tersebut.
“Sebarang perubahan akan dimaklumkan lebih awal. KPM akan memaklumkan perincian lanjut mengenai pembukaan sekolah bagi sesi PdP secara bersemuka selewat-lewatnya seminggu sebelum sekolah dibuka .." Utusan Online
Maka jangan pening.... jika buka sekali pun dengan kes begini punya tinggi.. aku takkan risikokan anak anak aku !
Buat masa ni, kaedah yang terbaik ialah PdpR jer. Walaupun masih terdapat banyak kekurangan, KPM perlu merancang lebih teliti untuk perbaiki. Kita tahu pandemik ni takkan berakhir dalam masa terdekat memandangkan WHO pun dah memberi amaran akan gelombang ke 5 yang akan berlaku jika tiada perancangan teliti dari kerajaan.
Selain PdPR aku ambil kelas tambahan untuk anak anak aku dengan FlyHigh Training Centre. Setakat ni banyak la perubahan dia terutama mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik. Kedua dua kelas ni, memang penuh dengan latihan intensif manakala kelas Sains dan English, diorang belajar dengan enjoy. Guru guru memang cukup berpengalaman la.
Bab yuran.. memang dah ada harganya tapi jika tak berkemampuan tapi berminat, korang boleh je diskus dengan FlyHigh. InshaAllah mereka memahami.
2 comments
Masih belum sesuai bersekolah seperti biasa.
BalasPadamMungkin buka secara berperingkat, mengambil kira pelajar yang akan menduduki peperiksaan penting seperti SPM dan STPM. Apa-apapun kita tunggu jelah pengumuman dari KPM. Moga ada jalan terbaik buat semua.
BalasPadam