Hilangkan tekanan kita terhadap anak anak dengan cara yang betul !

by - Ogos 18, 2021

Puasa hari ni. Tak berlari pagi pagi. Kalau tidak , memang wajib dah aku luangkan sedikit masa selepas subuh dengan bersenam di luar rumah. Sementara berkesempatan dan berkemampuan. Bagus juga untuk kuatkan fizikal dan mental sebelum memulakan anak anak bangun tidur ! Hahaha.. 

Duduk mengadap laptop. Dah beberapa hari tak update blog.  Banyak sangat isu dalam kepala nak difikirkan. Ikutkan, tak perlu nak sibuk sibuk fikir tapi entah.. nak jugak fikir ! Hahaha.. Pastu sendiri gak serabut. Ditambah sendiri pun ada kerja tapi nak uruskan anak anak lagi dengan kelas Pdpr mereka. Aduh.. Nak bantu mereka buat kerja rumah lagi. Tu baru sorang anak. Kalau 3-4 orang sekali guna nak Pdpr ?  Fuh..




Termenung mengenangkan masa depan anak anak. Tak kira la kecik ke besar.. sama je ! Sebagai ibu bapa, kita nak pastikan mereka dapatkan yang  terbaik dan paling penting, menjadi insan berguna pada agama, masyarakat dan negara. Apa guna kaya mahupun berjawatan tapi menyusahkan orang lain ! Haaa...

Dunia masih lagi berperang dengan Covid 19. Malaysia sudah hampir nak masuk 2 tahun dan tahun ini yang paling membebankan kita semua. Anak anak sempat ke sekolah beberapa bulan jer. Selepas tu , terpaksa belajar dari rumah. Belajar dari rumah pulak , godaannya tinggi. Pada ibu bapa yang sanggup menjadi singa dan harimau , anak anak mereka mesti tak berani nak curi tulang punya ! Tapi ada la kesan sampingannya ! Huhuh..

Tekanan perasaan ! Secara tidak disedari.. ada ibu bapa yang tertekan secara tidak disedari. Nampak macam ok tapi ? Haa.. Ini yang bahaya sangat. Jika dilepaskan , boleh jadi bom nuklear ! Naya pada diri sendiri dan juga orang terdekat. 

Apa kata... pada yang berkemampuan dari segi kewangan tu, lepaskan tekanan korang tu dengan cara yang lebih padu dan jitu ! Haaaaa ! Sambil hilangkan stress tu, korang boleh juga dapatkan ilmu. Caranya ? Tak susah pun.. Jom sertai webinar di bawah ni. Banyak sangat faedahnya terutamanya pada anak anak kita nanti ! Panel pun padu padu wooo ! Memang dah banyak pengalaman dalam bidang mereka. 

PDPR ! MANISNYA MENUNTUT ILMU DI ERA PANDEMIK BERSAMA TIGA ILMUWAN HEBAT


Panel : 
  •  YBHG DATO’ DR HJ MOHD FADZILAH BIN KAMSAH
  •  YBHG DATO DR HASAN MOHAMED ALI
  •  YBHG GB SHAHRIL OTHMAN
Apa yang korang perlukan ialah peranti atau gajet ! Pasang di laptop dan tonton bersama sama. Kalau ada smart tv dan kabel HDMI, linkkan terus ke TV tu.. Dapat satu keluarga tonton. Dan mereka yang mendaftar lak berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah yang mana akan dapat Samsung Tab, printer dan sebagainya.  

Antara isu yang bakal dikupas atau dibentangkan untuk kita ialah  :
  • Mengalami Pelbagai Kesukaran Ketika PDPR? 
  • Bosan Dan Tertekan Dengan Situasi PDPR? 
  • Anak Kurang Minat Mengikuti Kelas Secara PDPR?
  • Ibu Tertekan Antara Kerja Pejabat Dirumah, Kerja Rumah, Serta Menguruskan Kelas-Kelas Anak?
  • Anda Seorang Ibubapa/penjaga Anak Yang Bakal Menduduki Peperiksaan Besar Seperti UPKK/PKSK/UKKM?
  • Anda Tidak Tahu Perihal Ujian Segak, PAJSK, Pemarkahan Online, Keperluan Sijil Anak Yang Diwajibkan Semasa Memohon Ke Sekolah Pilihan?
  • Anda Keliru Sekolah Terbaik Untuk Anak Yang Harus Dipilih? SMK? SMKA? SMS? MRSM?

Pengisian : 

Sesi 1 : YBHG Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Bin Kamsah
Masa :  9.30AM - 10.30AM
Tajuk ;  TENANGLAH WAHAI ANAK, INDAHNYA PDPR BERSYARIAT

Sesi 2 : Dato Hasan 
Masa :  10.35AM - 11.35AM
Tajuk :  ANTARA PDPR DAN BDR! BERTABAHLAH WAHAI IBU

Sesi 3 : GB SHAHRIL
Masa :  11.40AM - 12.40PM
Tajuk :  SARANA KEIBUBAPAAN: HALATUJU ANAK SELEPAS PDPR

Sesi 4 : FLYHIGH 
Masa :  12.40PM - 1.00PM 
Aktiviti  RODA IMPIAN CABUTAN BERTUAH

Tarikh dan Masa : 
  •  Sabtu / 11 Sept 2021
  •  9.30AM-1.00PM 
Yuran Penyertaan :
  • RM99 sahaja
Pertanyaan dan Maklumat Lanjut :

SEMOGA BERMANFAAT ! 

You May Also Like

2 comments