Kan dah aku cakap , AZYMA CARE ni bagus !

by - Isnin, Mac 22, 2021

Setiap kali aku gi rumah mak aku, soalan kedua aku selepas bertanya khabar.. aku tanya stok gel mandian Azyma Care ada lagi ke tak ? Aku tau, mak aku ni sejak berumur.. kulit dia sangat sensitif ! Sejujurnya aku pun dah gitu ! Tapi peliknya , aku tak la berumur sangat pun. Malah kelihatan amat muda dan kacak sekali orangnya. Hahahah.. 

Meluat ? Bagus.. teruskan membaca. Soalan aku tu sebenarnya mengundang rezeki buat aku. Hahahaha.. Aku tahu jawapan mak aku.. Dia mesti kata nak abis dah. Aku tak kisah pun. Aku nak yang terbaik untuk dia camana dia berikan yang terbaik buat anak anak dia sewaktu kami kecil. Apa la sangat nak belikan gel mandian Azyma Care ni untuk dia. Kan kan ?

Aku dah bagitau dia dulu.. kalau gatal kulit , sapu je gel mandian Azyma Care pada bahagian yang gatal kemudian biarkan je untuk beberapa minit. Nak tidur terus pun tak pe.. Bangun tidur nanti je basuh. Itulah yang aku buat jika kulit aku kena gigit nyamuk atau gatal tak tentu pasal. Kalau gatal perangai tu, aku tak rasa Azyma Care mampu ubati. Hahaha. 

Alhamdulillah.. sangat berkesan buat kami anak beranak. Malah anak anak buah aku pun , aku suruh pakai bila mandi terutamanya bila balik dari sekolah. Dengan badan berpeluh meleket gitu.. dibersihkan dengan Azyma Care. Perghh.. memang segar balik la badan tu ! 

Ni aku cilok dari Facebook Azyma Care. Ternyata bukan aku je yang merasai keistimewaan Azyma Care ni. Ramai dah pun cuma ada yang ingat, Azyma Care ni cam ubat la.. Guna dan terus baik ! Tak , tak ! Salah.. Gel mandian Azyma Care ni bukanlah ubat. Kelebihan dia ada pada kandungannya. Haa , sejujurnya aku percaya pada kelebihan 'tanah liat' ni ! Ditambah lagi dengan keistimewaan bungaan.. perghh.. memang padu la perginya ! 





Nasihat aku la.. simpan sebotol di rumah. Bila anak anak kegatalan seperti kena gigit nyamuk dan dok mengaru garu tu.. sapukan je dengan gel mandian Azyma Care ni. Biarkan beberapa minit. Lagi lama lagi bagus.. Kemudian bilas je dengan air bersih. InshaAllah berkesan. Jika tak berkesan , barulah sapu dengan ubat yang disarankan doktor. 

Info lanjut, korang boleh baca di www.azymacare.com .


You May Also Like

0 comments