Mudah je jadi MR.MAMA ni !

by - Jumaat, Mac 05, 2021

Jumaat.. Hari terakhir untuk minggu pertama. Fuh, dia punya penat.. jangan citer la ! Memang tak gi gym aku minggu ni. Berperut jadinya. Asyik makan , makan dan makan. Nak recover tenaga dek kerana penat mental dan fizikal.. 

Sebenarnya , tak la penat mana tapi dek kerana 3 orang , aku kena urus di rumah ni di samping kena cari duit untuk meneruskan kehidupan.. tu yang jadi penat pelik ! Aku kira bertuah lagi la sebab wife ada untuk bantu aku. Kira banyak la gak dia dah tolong. Aku punya part tak banyak mana. Aku je belum dapat sesuaikan diri lagi. Nanti ok la. 

Hari 3 tanpa wife.. kena urus sendiri

Hari 4 tanpa wife .. pun sama.

Minggu depan , Qhaliff lak sekolah. Tapi aku tak risau sangat dia sebab dia dah boleh urus diri sendiri. Bijak dah. Nasib baik diorang tak masuk KAFA. Kalau masuk , dari awal pagi hingga ke petang , aku tak berhenti keluar masuk rumah ! Huhu.. 

Guna transit ? Hurmm.. Kalau guna, belanja bulanan akan naik lagi. Kalau income macam sebelum Covid 19 , ok la gak. Ni dah kacau banyak dah ni. Kena banyak berkira kira. Keadaan , tak tau sampai bila lagi. Ada vaksid Covid 19 pun belum tentu boleh kata segalanya dah kembali normal. 

Nak jadi MR.MAMA ni , bukan sekadar kena ada income besar melalui kerja dari rumah tapi kena bersedia urus anak anak dari awal pagi hingga malam hari. Jangan jadi MR>MAMA dengan tak buat apa apa ! Sekadar jaga anak je tu bukan MR.MAMA.. tu MR.MALAS weh ! 

Tugasan belum abis sehingga anak anak tidur. Malam hari , ada kelas online lak. Haaaa... Kalau rajin nak ajar sendiri , ok la.. Aku bukan malas tapi alang alang dah ada kelas online melalui FlyHigh Training Centre untuk Tahun 1 dan Tahun 3, aku manfaatkan je la. kan kan ? 


You May Also Like

2 comments

  1. Mr Mama yang hebat mix tugas dalam satu masa.

    BalasPadam
  2. Cayalah Aben! Hebat Mr. MAMA
    Betul bila dah lalui nanti lelama jadi mudah.
    Cuma part malam tuisyen tu masih belum catch up nak follow sebab home work derang pun berlambak lambak.
    Huhuuu...

    BalasPadam