Korang bersukan ? Tapi kenapa badan masih berlemak ? Atau dah berjaya turunkan berat badan tapi tak berotot ?

by - Isnin, Mac 08, 2021


Tadaaa ! Hahahaah.. Aku spesis yang suka mencuba produk whey protein yang ada di pasaran. Tapi bukan semua aku bedal ! Dulu aku setia dengan Muscle Tech tapi sejak dua menjak ni , aku hilang keyakinan dengan produk tu ! Kenapa ? Tu aku tak berani nak tulis la. Kang aku kena saman lak ! Hahahah.. Kalau nak tau , boleh pm aku di Facebook. InshaAllah , aku tak jawab. Hehehe.. Rajin rajin baca komen pada seller online. Nanti tau la ceritanya. 

Ok.. Kemudian aku mencuba beberaa lagi jenama selepas MucleTech, Ada yang sesuai dan ada yang tidak. Maksud sesuai tu dari segi penghadaman. Aku cirit birit gitu selepas amik ! Haaaa.. tu kena hati hati gak. Kena tau  juga apa campuran bahan yang ada dalam whey protein tu. 

Oh ya... Sapa yang perlu amik whey protein ni ? Kenapa perlu ambil ? Mereka yang bersukan biasa biasa je , perlu tak ambil ? Apakah ada risiko bila ambil whey protein ? Mereka yang berusia perlu tak ambil ? 

Fuh.. banyak soalan.. dan jawapan pun ada. Panjang lebar. Korang nak baca atau nak dengar ? Aku rasa baik korang membaca dari mendengar. Kalau dengar, boleh salah dengar. Kalau membaca, salah baca tu tanda nak buta dah mata tu ! Hahaha.. Gurau gurau ! 

Nah... ada beberapa blog dah tulis mengenai Whey Protein ni. Korang boleh bacanya. Tapi secara ringkasnya la.. Kalau korang bersukan secara serius seperti berbasikal berpuluh KM , atau main bola sampai tak larat.. dan bukan sebulan sekali. maka  korang kena ambl whey protein atau protein tambahan ni. Melainkan kalau korang cukup makan makanan berkhasiat. Bukan nasi kandar atau roti canai tau lepas bersenam ! Haaa, sebab tu tak kurus kurus badan ! 

Korang kena faham yang otot amatlah penting dalam tubuh badan kita. Otot juga melindungi tulang tulang di dalam badan kita. Ambil contoh lutut kita tu.. Nah, kalau silap sikit pergerakkan , boleh dah akibatkan kecederaan.

Teringat akan wife aku. Dia buat fisioterapi bersama aku. Pergelangan kaki dia tak kuat. Mudah benar terseliuh. Dia diminta untuk banyakkan senaman bahagian kaki untuk kuatkan otot. Otot pun kecik. Lemak je banyak. Camana tu ? Larat ke nak telan telur rebus hari hari ? Ayam golek ? Ikan bakar tu , best la ! Tapi hari hari ? Kosnya ? 

Dan teringat la sorang kawan aku tu. Dia berbasikal memang power ! Tapi aku pelik kenapa perut boroi dia tak hilang hilang. Bila aku tanya.. aku senyum je la. Lepas berbasikal , lepak mamak ! Makan kaw kaw punya. Tu dia ! Sia sia je la nak oiii...

Sebenarnya.. nak makan tu boleh jer. Makanlah ! Tapi sebelum nak makan tu, kita kasi pulih dulu otot otot tu.. Sebab tu kena masuk whey protein. Kasi pemulihan gitu. Pastu , makanlah ! Ketika tu, nafsu nak makan pun tak la kencang sebelum tu ! Yelah , sebelum tu kan dia punya lapar lain macam. Nak makan orang pon boleh ha ! 





Faham dah kenapa perlu amik whey protein ni ? Kalau umur pun dah atas 40 an , memang disyorkan la untuk amik protein tambahan ni cuma bukanlah kuantiti yang banyak seperti atlit bina badan tu. Satu scoop sehari ok la. Tu pun kalau takda amik natural protein atau protein asli seperti ayam , ikan atau sebagainya. 

Cam aku sekarang ni beralih ke BS Nutrition sebab aku nak amik Hydro Whey untuk memudahkan penghadaman. Proteinnya biasa sangat tinggi. Bab rasa, ada beberapa rasa ! Haaa , maka tak perlu nak pening kepala dengan rasa protein ni. Hehehe. Kalau nak lagi sodap, tambah dengan pisang , kurma , kacang badam gitu... Padu ! 

Lebih mudah nak bancuh. Maksud aku , korang taruk je dalam botol air dan goncang. Murah larut la gitu.. Settle ! Tak perlu nak blend bagai. Melainkan kalau nak tambah bahan lagi la.. Letak ais pon sedap ! Hahahaha.. Antara perasa yang ada seperti vanilla , chocolate, hazelnut ,  green tea dan beberapa lagi perasa.





Untuk info lanjut atau nak beli protein ni , korang boleh Whatsapp terus ke Coach DarkBatMan. Dia pun boleh kasi tunjuk ajar.  Sijil dari KKM dan juga HALAL juga ada. Jangan risau.

Whatsapp : Coach DarkBatman





You May Also Like

4 comments