Muat Turun MyCar 3.0 versi terbaru sekarang dan nikmatilah kelebihannya !

by - Khamis, Mac 04, 2021

Semalam , Restoran Rebung Chef Ismail menjadi saksi pelancaran MyCar versi terbaru yakni MyCar 3.0 dan ini bermakna tiada lagi penggunaan aplikasi MyCar SuperApps. Korang yang selama ni guna MyCar , dah boleh download MyCar 3.0 dan uninstall yang lama punya yer. Heheee..

Untuk pengetahuan korang , aplikasi MyCar 3.0 ni dibangunkan sendiri oleh MyCar dengan menggunakan 100% graduan kejuruteraan perisian sistem tempatan. Dengan sistem aplikasi terbaru ini, MyCar akan lebih berdaya saing seterusnya bersaing secara sihat dengan pencabarnya iaitu Grab. 

Apa yang menariknya MyCar 3.0 kali ni ialah , tawaran perkhidmatan e-hailingnya untuk pelajar sekolah dan juga koperat yang dikenali sebagai MyCar for School dan MyCar for Business. Ini memang cukup bagus la bagi aku. 

Untuk penghantaran barangan menerusi MyDelivery Express pun turut menjadi keutamaan perkhidmatan MyCar 3.0 ni. Menarik sangat ni ! Peniaga peniaga online terutamanya , boleh guna dah servis mereka ni terutama untuk menghantar barangan yang dirasakan perlu perkhidmatan cepat , pantas dan paling utama.. selamat ! 

Antara kelebihan-kelebihan yang ada dalam MyCar 3.0  ni  , tawaran hadiah kepada pengguna yang mempromosikan aplikasi MyCar 3.0 kepada rakan-rakan mereka. Kiranya kalau korang rekemen kat kawan kawan korang tu , adalah hadiah menarik menanti korang ! Nak tau apa dia, korang kena download la aplikas MyCar 3.0 ni. 

MyCar 3.0 juga akan memberikan lebih banyak cara bayaran melalui e-wallet atau tanpa tunai. Dalam erti kata lain, jika untuk anak anak bersekolah tu.. mak ayah dah boleh letak duit dalam e-wallet. Nanti MyCar gi jemput je anak anak jika mereka tak dapat jemput anak balik sekolah. Gitewww... atau mungkin ada pakwe nak suprise kat  awek dia guna MyCar  ketika nak gi makan malam bersama.. celebrate ulangtahun perkenalan mereka.. giteeww ! So sweet

MyCar 3.0 ini juga mudah digunakan dan dijangka mampu menarik lebih ramai pemandu untuk memberikan perkhidmatan mereka.

Dengan membangunkan logik algoritma yang dibina oleh MyCar sendiri, dijangkakan MyCar mampu
menawarkan lebih banyak tawaran yang lebih menarik di dalam aplikasi (in-app) dan boleh di tebus terus dengan hadiah-hadiah yang menarik di restoran makanan segera, kedai pelbagai guna, farmasi dan pusat membeli belah yang terkenal dengan menggunakan app 3.0 ini.







MyCar 3.0 di lancarkan pada 3 hb 3 2021 dengan tema 3.3.3 oleh Timbalan Menteri Sains,Teknologi Dan Inovasi, YB DATUK HAJI AHMAD AMZAD BIN MOHAMED @ HASHIM  , semalam dalam satu majlis yang cukup santai tapi penuh matlamat ! 

Kombinasi nombor yang menarik !  Jangan lupa yer untuk menyahturun (uninstall) aplikasi MyCar 1.0 dan MyCar SuperApp (2.0) sebelum ini dan download semula (re-install) semula MyCar 3.0 yang baru ini.  Berilah sokongan pada produk tempatan dan seterusnya akan membuka ruang ruang pekerjaan buat kita semua dengan kelebihan kelebihan khas untuk kita sendiri.

Kita pun dah nampak apa jadi bila company luar memonopoli perkhidmatan begini di negara kita.. kan kan ? Pekerja mogok.. servis pun takda jaminan ! Haaa.. Apa kes ???  Sekarang kita ada pilihan.. kenapa masih nak biarkan ? Berikan sokongan dan inshaAllah kita sendiri akan rasa lebih terjamin dan selamat !

Semoga MyCar  terus berjaya dan seterusnya ke peringkat global.

Maklumat lanjut boleh didapati di : 

Web : www.mycar.net.my
Tel : +603 3358 1808 / +603 3358 8208 
 

You May Also Like

10 comments

  1. kombinasi nombor terbaik 3.3.3 .. all the best mycar

    BalasPadam
  2. Pilihan alternatif yang baik. Jarang guna ehailing tapi MyCar ni popular jugak

    BalasPadam
  3. Ooo.. Dah upgrade! Bagus bagus. Dulu memang Nina guna MyCar setiap kali pi event. Ni dah lama terperap dok rumah, dah lama tak tengok apps MyCar. Ok nak download yg baru, senang laa nak pi event lepas ni.

    BalasPadam
  4. siap boleh jemput anak sekolah jika parent tak sempat...sangat menarik.

    BalasPadam
  5. Dah upgrade dgn pelbagai service. Terbaik MYCar

    BalasPadam
  6. WAh.. bagus info ni... memudahkan semua orang.

    BalasPadam
  7. Bagusla dah uograde..dulu pernh juga guna mycar..murah lagi dari grab..nanti install semual yang baru ni

    BalasPadam
  8. Wahhh dah 3.0. Tak pernah lagi guna my car ni

    BalasPadam