Berkat Madinah, Ampang yang bakal kelihatan lebih menarik !

by - Selasa, Mac 30, 2021

Berkat Madinah , cawangan Ampang semakin menjadi pilihan ramai terutama mereka yang tinggal di kawasan berhampiran dan juga berdekatan Ampang. Dek kerana makin ramai dok datang Berkat Madinah yang dibuka pada tahun 2009 ini akhirnya mengalami perubahan terbaru ! Dibuat penambahbaikan atau renovasi untuk memastikan pelanggan mereka dapat membeli barang keperluan dalam keadaan selesa.




Sewaktu aku di sana, memang nampak la ada beberapa penambahbaikan cuma belum siap sepenuhnya. Tapi ternyata la banyak perubahan dan lebih kemas dalam susun atur barangan. Bila dah dibuat lebih luas dan selesa, banyak lagi barang barang boleh diletakkan di sana. Dalam erti kata lain, makin seronok la para tukang masak membeli barang keperluan di sini. Semuanya ada kat sana. Harga pun mampu bayar. 

Dibuat dalam beberapa seksyen atau bahagian seperti barangan kering, barangan memasak , daging mentah, buah buahan serta sayur sayuran , Berkat Madinah memang dah boleh jadi pasaraya selepas ni. Padu aih ! 


Dan jangan risau, mereka mengutamakan SOP. Maka nak masuk sini, tak leh la ramai-ramai. Sebab tu kena rancang masa sebelum ke sini. Bagi aku, awal pagi dalam 8 ke atas tu , ok la ke sini. Orang tak ramai lagi. 

Harapnya segala penambahbaikan akan selesai sebelum masuk bulan Ramadan. Bukan apa... ramai nanti akan serbu Berkat Madinah ketika tu. Dalam seminggu atau dua minggu , memang akan ramai je turun membeli bekalan memasak. Wife aku sendiri pun dah bunyi tu. Jatuh cinta katanya. 

Bagi mereka yang tak sempat ke Berkat Madinah, boleh je guna secara online. Jangan risau.. Boleh je membeli belah juga.

Penghantaran biasa  ke seluruh Malaysia: shop.madinah.com.my
Penghantaran segera ke  Lembah Klang: delivery.madinah.com.my

Alamat cawangan Berkat Madinah di Malaysia : 

Ampang : No 17-L1, Jalan Ampang Putra, Tmn Ampang Hilir, 55100, Kuala Lumpur 
Shah Alam : 46-1, Jln Pegaga C U12/c Desa Alam Seksyen U1240170  , Shah Alam Selangor
Kajang : Pa-s-17-g, Pearl Avenue Shop Jln Pasir Emas 43000 , Kajang Selangor



You May Also Like

0 comments