Kami bukan 'budak pantai' !

by - Ahad, Mac 28, 2021

Tengah sedap berpeluh peluhan di gym, tiba tiba wife call.. "Abang, nak gi tak Bagan Lalang ? Budak budak tu dah pakat menangis nak ikut Zeema. "tanya wife. Aku jawab ya. Tapi beri aku dalam setengah jam lagi. Baru nak syok kat gym. Tapi sebenarnya, dah putus nafsu gak dek kerana beberapa perkara. Nasib baik dia call. Ada gak alasan nak keluar dari sana. Kalau tidak , aku memang tengah sakit hati ! Huhu..

" Ok. Suruh diorang pergi dulu. Nanti kita menyusul." jawab aku. Dari rumah aku nak ke Bagan Lalang, tak jauh pun. Dalam 40 minit jer. 

Aku selesaikan segera urusan aku di gym. Kemudian terus balik.  Tak pe la. Anak anak nak berjalan. Aku korbankan masa aku. Huhuh.. Baik kan aku ? Hahahah.. Bukan senang nak dapat ayahanda begini. Kalau rasa nak juga , marilah masuk meminang aku. Hahaha.. Gurau gurau !

Sampai rumah , anak anak dah bersedia. Aku terus mandi dan bersiap. Kemudian bergerak ke Bagan Lalang. Aku suka bawa Bezza berbanding Livina. Dengan Bezza, kelajuan kereta dalam 80kmj ! Livina lain skit. Tekan skit je dah laju. Memang aku tak suka nak pandu laju. Dan sesungguhnya, aku bersyukur sangat la dengan Bezza ni. Dah beberapa kali kami terselamat dari kemalangan yang berpunca dari kenderaan yang kurang ajar ! Sikap gopoh mereka , memang mengundang makian dari aku.

Ok.. sambung. Jam 10 lebih, sampai dah Bagan Lalang. Orang dah mula ramai. Cuaca cantik. Terik !! Hahaha.. Nasib baik aku pakai cermin mata gelap yang ada power. Lega la rasa. Masih boleh lihat suasana. Kalau tak , harap je gelap tapi tak nampak orang pun. Aku kan rabun ! Kena guna spek yang ada power. Nasib baik aku buat beberapa pasang kat Eyes Vision Group, Sungei Wang.

Parking tak susah kalau awal. Ada banyak tempat boleh parking. Aktiviti kat sini , mudah jer. Bersantai. Kalau rajin nak BBQ , buatlah ! Tapi tak boleh mandi laut la. Bila surut , air laut , jauh di depan sana. Bila pasang , air bukanlah jernih untuk bermandi manda. Boleh main air je la. Takut gatal je kulit pastu.

Tapi seronok la. Budak budak boleh main pasir dan bebas berlari. Tahap kebersihan tandas awam di situ terjaga. Walaupun ada kuda kayu yang buang sampah merata rata , tapi keadaan terurus. Alhamdulillah.. Aku pun sejujurnya terkesan dengan apa yang pernah aku viralkan dulu di Facebook.. Bersihkan pantai. Sampah yang aku nampak di depan mata, aku kumpulkan dan buang di dalam tong sampah. Dan aku plan pasni , jika kembali ke sini.. aku nak ajak anak anak kutip sampai yang ada di kawasan pantai. Bawa plastik hitam dari rumah. Huhuh.. Dari mereka tangkap anak ketam.. baik kutip sampah. Boleh didik jiwa mereka gak kan?

Jam 1 petang , balik. Aku tak larat dah nak main panas ! Risau gak budak budak ni demam. Balikkkk ! Nasib baik dekat je ngan rumah. Tak sangka rupanya rumah aku ni dekat ngan laut. Huhuh.. Kira berani gak la aku berumah di tepi pantai. Hahaha.









Seronok tu memang seronok. Tapi dia punya panas , memang tak leh bawa berbincang. Di rumah, aku tengok dada aku merah abis ! Hahahaha.. Lama betul badan aku ni tak kena panas terik. Manja dah sangat duduk rumah ! 

Selesai solat.. makan. Semua pakat baring depan tv. Bukak Netflix.. semua lena ! Hahahaha.. Penat weh.. penat ! Ternyata bukan budak pantai kitorang ni. Hahahaha.. Bangun tidur, dah jam 6 petang. Solat Asar. Masih terasa penat. Lepas Maghrib.. keluar makan.  Tapi kepenatan tu masih ada. Aku tak tau la samada aku penat dek kerana main panas atau workout kat gym. Boleh tahan gak la aku main tadi. Eceh.. hahahah..



 

You May Also Like

1 comments