Di Berkat Madinah, semua makanan Arab ada!

by - Mac 29, 2021

Berkat Madinah , cawangan Ampang sering jadi pilihan aku jika aku ke Kuala Lumpur. Banyak nak beli kali ni. Persediaan untuk berpuasa di bulan Ramadan. Bukanlah nak makan besar atau sedap sedap belaka tapi aku nak sesuatu yang sedap dan mengenyangkan masuk ke dalam perut ketika sahur dan juga berbuka. 

Kenapa Berkat Madinah di Ampang ni ? Oh ya, sebelum tu jangan risau bab parking. Korang boleh parking di seberang jalan Berkat Madinah. Situ ada kawasan yang dibenarkan untuk meletakkan kenderaan. Nak mudah, datang awal pagi sebelum kawasan ni meriah dengan manusia. Hehehe.. 

Ok , Pertama sekali , tentulah semua yang aku nak ada kat sini. Er, bukan aku nak la.. tapi wife ! Dia yang nak membeli dan memasak. Aku cuma keluar duit jer.. Kedua , susunan barang yang lebih tersusun dan kemas. Tak de la nak berpusing pusing mencari barang yang kita nak ! Ketiga ,  Pekerja yang mesra. Tanya je , inshaAllah mereka bantu. Mudah kan urusan kita. Kaunter bayaran pun ada lebih dari 1. Boleh bayar tunai mahupun debit. 

Ketika masuk ke dalam Berkat Madinah, akan tersua satu bahagian di sebelah kiri pintu masuk. Seksyen Roti ! Nah , memang segar segar rotinya. Banyak pilihan rotinya dan bagusnya , roti ni mereka yang buat sendiri. Bukan amik dari mana mana pengilang. Sebab tu awal pagi hari , mereka akan letak roti roti tu. Bau roti akan memenuhi kedai seterusnya membuka selera. Kalau tak reti nak makan roti Arab ni, korang boleh tanya pekerja mereka. Nak makan camana. Pergh.. serius , berbaloi ! 

Seksyen Desserts. Ada baklava, kunafa, cashew roll, baklava rose pistachi, basbosa almond , mahalliya big, Turkish Baklava Pistachio, Tamria , Harisa with Nuts ,Cashew Nightingale  dan macam macam lagi.


Seksyen buah buahan dan sayuran segar. Pembekal tempatan.

Bahagian sejuk ni ada minuman susu, air tin dan juga air buah yang dibotolkan. Sedap ! Memang boleh rambang mata kalau kita suka jus buah ni.


Seksyen Kurma yang disediakan khas untuk bulan Ramadan ni pula ada kurma kurma Sukari Saudi , Safawi, Ajwa Madinah , Mariami , Palestinian Medjool, Siafa Saudi, Alnoor , Khadija Tunisian, Madbroom dan beberapa jenis lagi. Boleh beli secara borong juga ! 


Seksyen daging kambing , lembu yang pastinya Halal. Seksyen ni juga ada jeruk jeruk segar seperti zaitun dan sebagainya.

Di bahagian dalam pula, ada seksyen produk produk yang dibotolkan dan juga dikotakkan dari Tanah Arab. Kat sini korang boleh jumpa macam macam. Ada pelbagai jenis minyak masak , jeruk jeruk dari Arab , produk masakan yang ditinkan , teh kopi pelbagai jenama Arab, pasta , madu-madu dari pelbagai negara, buah-buahan kering , bijirin dan kekacang ,  jem dan halawa , rempah ratus , produk kecantikan dan kesihatan dan  minyak wangi yang murah harganya tapi bau dia.. Fuh ! Arab punya.. faham faham je la wangi dia camana kan ? 

















Tu dia ! Puashati kan ? Haa... Sejujurnya , wife hilang punca nak beli apa ! Hahahah.. Nasihat aku , sila tulis dulu barang yang nak dibeli. Sebab bila masuk sini nanti.. korang nak beli macam macam. Maklumlah, banyak produk dalam ni  korang takkan dapat di pasaraya yang biasa korang gi. Alang alang nak membeli, pastikan balik dengan senyuman... InshaAllah , keluar dengan puashati. 

Kalau tak dapat nak pergi sini , tak pe.. Boleh beli secara online je. Takda masalah. 

Penghantaran biasa  ke seluruh Malaysia: shop.madinah.com.my
Penghantaran segera ke  Lembah Klang: delivery.madinah.com.my

Alamat cawangan Berkat Madinah di Malaysia : 

Ampang : No 17-L1, Jalan Ampang Putra, Tmn Ampang Hilir, 55100, Kuala Lumpur 
Shah Alam : 46-1, Jln Pegaga C U12/c Desa Alam Seksyen U1240170  , Shah Alam Selangor
Kajang : Pa-s-17-g, Pearl Avenue Shop Jln Pasir Emas 43000 , Kajang Selangor



You May Also Like

1 comments