Anak anak nak 'YES DAY' jugak !

by - Mac 14, 2021



Layan citer 'Yes Day' di Netflix dengan Qhaliff dan Zahra. Sebelum ni , Qhaliff memang beberapa kali syorkan pada mak bapak dia untuk buat Yes Day dan No Day. Aaarghhh... Dia ingat aku tak tau trick dia tu ! Segalanya dalam poket aku ni haaa ! Yes Day la sangat yer.. 

Wife tidur dah. Aariz pun sama. Aku tengok je la ngan diorang. Qhaliff tersengih sengih bila melihat babak babak yang mak dia cam harimau tu , lakonan Jennifer Garner. Awek lama aku ni ! Hahahaha.. Minat dia dalam ALIAS. Dalam citer ni pun, lakonan dia best. 

Cerita simple tapi terkesan jugak la pada aku dan anak anak. Buat Qhaliff , dia lebih memahami dah tugasan dia dan peranan dia sebagai anak sulung... Begitu juga dengan Zahra. Dia sebagai adik pun kena tau tanggungjawab dia dan bagaimana nak bekerjasama dengan abangnya.

" Nampak tu Qhaliff. Sebab tu daddy selalu mintak tolong Qhaliff. Suruh buat itu ini. Sebab nak Qhaliff belajar. Bertanggungjawab. Dan paling penting , Qhaliff adalah paling tua dan kena jaga adik adik. Kalau tak, jadi macam ni la.. Suka jadi macam ni ?" kata aku merujuk pada babak yang berlaku di dalam cerita tu. 

Di akhir cerita.. Zahra pandang aku.. " Daddy , nak YES DAY jugak.. boleh ?" kata dia. Pergh... Bayangkan apa boleh berlaku bila segalanya ' YES' saja ! Boleh muflis aku. Hahahaha..

Best cerita ni ! 

 

You May Also Like

2 comments

  1. Layankan sekali sekala .. anak2 nak jugak enjoy Yes Day ..

    BalasPadam
  2. nasib baik wife dh tido, klu x harus la jeles ngn awek lama tu... hehe

    BalasPadam