Ada yang tanya.. bagaimana aku boleh 'kelihatan' slim dan kurus ?

by - Mac 16, 2021


Asalnya , aku saja nak teman wife berpuasa. Sian dia puasa ganti sorang sorang lebih lagi ketika tengok dia berbuka sedap sedap. Maka aku join sama la. Bila aku join sama, bila berbuka , dia kena buka biasa biasa jer sebabnya aku hanya nak makan untuk kenyang jer. Tak perlu la nak letak pemanis mulut atau pembuka selera bagai. Lepas buka, solat. Selesai. 

Dan tak sangka lak aku 'ketagihan' berpuasa. Huhuh.. Dulu , mampu bersemangat berpuasa dalam Ramadan jer. Lepas tu, memang tak larat nak tahan dahaga gitu. Tapi tidak lagi sekarang. Lain macam punya feel berpuasa. Mungkin sebab aku rasa badan aku makin sedap sejak berpuasa ni. Rasa ringan sangat badan. Yelah , kalau tidak.. aku kan asyik dengan 'diet' jer. Makan ala kadar ketika sarapan dan banyak makan belah makan malam jer. Nah , kalau gitu, baik berpuasa je.. kan ?

Puasa juga dapat merehatkan organ organ dalaman aku terutama buah pinggang , usus dan juga dapat menenangkan hati. Maklumlah, bermedia sosial ni.. macam macam mata kita nampak. Ada je benda nak dikomplenkan. Semua benda tak puashati ! Huhuh.. Bila puasa, mata kita akan biarkan semua tu berlalu. Selagi bukan masalah kita dan tak memerlukan pendapat kita, biarlah.. Tak perlu nak semakkan dalam kepala dan hati kita. Hanya dengan berpuasa saja , aku dapat lakukan. Terasa tenang jiwa dan tekanan darah pun dalam keadaan terkawal. 

Badan lebih sedap. Selera makan terkawal. Tak terasa lapar sangat pun. Kalau tidak seperti tahun tahun lalu.. aku dok terfikir bagaimana la nak berpuasa dalam cuaca panas ! Alhamdulillah.. Dah 3 minggu aku berpuasa walapun bukan hari hari tapi berjaya lalui dengan tenang. Hehehe.. Tergoda cuma bila wife masak sedap sedap untuk anak anak tapi berjaya harungi dengan baik. Cenggitewww ! 

Hari ni puasa lagi. Isnin hingga Khamis. Jumaat hingga Ahad , cuti. Tapi aku masih menjaga nafsu makan. Tapi kalau dah teringin , aku makan je la. Berpada pada je la. Dan kalau kita nak badan kita slim dan kelihatan segar , maka bersenamlah juga yer. Sehari , 30 minit pun ok dah. 


Kalau korang lama tak berpuasa sunat dan hanya berpuasa di bulan Ramadan , rasanya dah boleh start skit skit skang ni.. Elakkan dari terkejut badan tu. huhuh.. 


You May Also Like

1 comments

  1. Betul boss , bulan ni dah boleh latih diri, buat puasa sunat dulu pun ok. Yang penting buat.

    BalasPadam