Zoo Negara jadi tumpuan di minggu cuti sekolah !

by - Selasa, Mac 30, 2021

Zahra , lama dah mintak nak ke Zoo Negara. Memang nak pergi tapi mengenangkan cuaca.. huhuh.. Panaih woi ! Dah tua tua ni, nak main panas.. memang fuh la ! Haahaaha.. Tapi dek kerana anak dah mintak lama.. nak tak nak kena tunaikan. Lagi pun ok la.. sementara diorang kecik dan nak berjalan dengan keluarga. Nanti dah besar, ajak gi zoo ? Mau kena gelak lak. Hahahaha..

Tapi khabarnya , Zoo Negar jadi tumpuan orang ramai pada musim cuti ni ! Adakah mereka memang nak pergi zoo atau lebih pada nak beri sokongan pada binatang binatang yang ada di dalam zoo tu ? Bukan apa.. masa PKP ari tu, kita tau pihak Zoo Negara beberapa kali ada buat rayuan untuk dapatkan dana atau sumbangan awam bagi membantu membeli makanan buat binatang binatang yang ada dalam tu.. 

Aku ? Lebih pada nak beri sumbangan dan nak bawa anak anak gi sana. Sekali seumur hidup bersama mereka. Kenangan. Aku pun ada kenangan bersama keluarga aku masa kecil dulu. Masuk Zoo Negara.. dapat bawak balik duri landak ! Hehehe.. Best ! Orang tua, mandi peluh la.. 




Perancangan.. dalam sehari dua ni, ke Zoo Negara. Hotel berhampiran dah dibooking. Keluar dari Zoo , terus check in hotel. Support industri hotel lak.. Mana yang termampu , kita sokonglah. Mereka pon pernah sokong kita sebagai blogger.. kan ? 

Tiket Zoo Negara , boleh beli secara online di Lazada. Shoppee atau Ticket2U. Nak beli terus kat Zoo pon boleh. Takda masalah. Kot malas nak beratur je la. Risau ramai orang gitu.. Heeee... 

Anak anak.. dah menghitung hari ! Lama tak keluar berjalan. Si Zahra tu pun dah bertanya.. Sampai bila Covid 19 ni ? Huhuh.. 



You May Also Like

1 comments

  1. wah murah .. ni best ni.. tapi terbayang kesesakan kenderaan terus termanggu

    BalasPadam