Terasa air mata nak mengalir..

by - Mac 17, 2021



Tahun lepas , masing masing tertunduk sayu. Yang mencari rezeki kais pagi makan pagi lebih terasa. Terpaksa menanggung kerugian. Tapi apa nak buat. Bukan kehendak masing masing untuk semua ini terjadi. Redha je. Terima dengan hati terbuka dan berharap segalanya akan kembali seperti sedia kala dan paling penting, kita semua selamat dan sihat.. 

Tahun ni, sebulan sebelum Ramadan tiba.. kita dah dikhabarkan dengan berita baik. Dan semoga ianya berterusan hingga tibanya Ramadan. Masing masing berdoa agar tidak berlaku lagi kes seperti lepas yang membuatkan ramai diantara kita , tertunduk kebingungan ! 

Boleh kembali solat berjemaah. Boleh meniaga di bazaar Ramadan. Tapi pastinya dengan SOP yang ketat. Mungkin ada yang takut tapi aku rasa rakyat Malaysia semakin sedar apa yang bakal berlaku jika tidak ikut peraturan yang dah ditetapkan. 

Balik kampung ? Rentas negeri ? Hurm.. ramai merindui kampung halaman. Orang tua tercinta. Adik beradik. Saudara mara. Sahabat handai. Tapi buat masa ni , kita utamakan keselamatan dan kesihatan. Terpaksa ! Sebaiknya kita bantu kerajaan untuk memutuskan rantain Covid 19. Bila berjaya , kita kembali hidup seperti biasa walaupun dalam Norma Baru.. Wawasan 2020 tercapai ! Huhuh... 


 

You May Also Like

1 comments

  1. Alhamdulillah paling tak sabar nak solat terawih berjemaah kat masjid. Taun lps tak dapat huhuhu . Berjemaah kat rumah jer kita tukar2 imam antara bapak dan anak2..

    BalasPadam