Face mask Norwex untuk mereka bermasalah seperti aku ?

by - Sabtu, Mac 20, 2021

Petang petang, hujan turun dengan lebat ! Aku memang akan risau sangat ! Kenapa ?? Sebab aku kena gi jemput Zahra pulang dari sekolah. Nak kena berdiri depan pagar dan cari dia. Adoilah , bermasalah betul buat aku ni ! 

Kenapa ? Sebab orang yang rabun cam aku ni.. bila pakai spek dengan face mask di kalau hujan turun, memang akan membuatkan spek jadi berkabus. Tak payah nak poyo la kononnya kat Cameron bagai. Hahahah.. Payah nak mencari anak haihh.. Terseksa ! Rasa nak bukak je face mask tu. Dah la payah nak bernafas. Haish.. 

Sekali kawan blogger aku mesej.. dia cakap dia guna face mask Norwex. Berkabus tu memang ada terutama bila keluar dari kereta atau tempat berhawa dingin tapi dengan pantas kabus tu hilang. Tak macam face mask yang dia guna sebelum tu. Terpaksa lap dengan kain untuk hilangkan kabus. 

Menarik.. Nak order ke ? Ke jadi ahli terus ? Hahaahha.. Banyak kain kain dia jadi tarikan. Ada satu towel tu pun aku berkenan untuk kasi pada Zahra. Huhuh.. Tapi stok takda ! Kena tunggu bulan 4 katanya. Tak pe... boleh simpan duit lagi. Hahahaha.. 
 

Tadaaaaa... sampai dah ! Lepas order, sehari je dah dapat ! Pantas betul Consultant Norwex ni. Buat kerja lagu dan penerangan lengkap dan padat. Segalanya dia cerita. Dan aku baru tau , kain diorang ni ada jaminan gitu ! Haaa.. Kena pandai pandai la jaga untuk pastikan kualiti kain Norwex ni di tahap terbaik.



Test drive sebelum gi jemput Zahra. ! Ok.. selesa pakai. Ruang bernafas cukup luas. Walaupun bukan medical mask tapi masih mampu bertindak menjaga si pemakainya. Jangan la dah pakai tu pastu tak ikut SOP lak ! Bagi aku, sekurangnya aku boleh bernafas dengan baik dan tak perlu kotorkan bumi dengan face mask yang pakai buang tu ,ok dah la.. Huhuhu.. 

Hujan turun dengan lebat. Cuaca sejuk. Aku dah di depan pagar. Cermin mata berkabus tapi sekejap jer. Pastu dunia ku kembali cerah. Lagi pun aku bernafas cam kuda baru lepas lari ketika ni. Hahaha.. Tu berkabus macam tu. Kalau bernafas cam biasa , ok jer pun.. 

Kesimpulan.. bagi aku , kalau korang mencari face mask yang mana fabriknya bagus.. Norwex ni sesuai sangat ! Aku nak terangkan kat korang pun , panjang ceritanya. Korang boleh mesej terus Consultant yang tolong selesaikan masalah dunia aku ni, Puan Hanani. InshaAllah, dia boleh membantu. 



You May Also Like

4 comments