Ini yang dia nak..

by - Rabu, Mac 17, 2021



Tercapai hasrat dia. Lama dah dia mintak kat aku. Nak aku jemput Qhaliff pastu hantar dia masuk ke sekolah , beramai ramai. Hahahah.. Macam nak hantar masuk MRSM gitu. Siap bercium tangan depan pintu pagar gitu. Hehehe. InshaAllah. 

Ikutkan semalam, tapi segalanya tergendala dek kerana cuaca panas terik. Kesian kat Aariz lak kena mengikut dan Qhaliff usung beg dia yang berat tu. Rezeki Zahra hari ni. Cuaca mendung dan cantik. Dia tersenyum gembira. 

Lepas hantar dia , si Aariz lak ajak lepak mamak. Nak makan katanya. Aku malas awalnya. Tapi sian pulak kat dia. Tengok dalam restoran, tak ramai orang.. aku on je la. Qhaliff pun dapat lepas rindu. Lama tak lepak ngan daddy katanya kat mamak.. Huhuh.. 

 

Gitulah... rutin aku sebagai Mr. Mama. Bosan ? Huhu.. Satu hari nanti, aku akan merindui semua ini. Biarlah aku punya kenangan manis ini sementara aku berkemampuan. 

You May Also Like

1 comments

  1. betul tu...layan jer diorang ....aku sekarang anak dah besar2....nak kelek kesana sini pun dah tak mau.....dulu tak payah ajak , masuk jamban pun nak ikut.....

    BalasPadam