Jangan benarkan anak ke sekolah jika mereka selsema !

by - Mac 22, 2021


Gitulah amaran yang diberikan ! Dan anak aku , ketiga tiga selsema sejak kelmarin. Punca ? Mereka kepenatan gara gara ikut daddy pergi kerja. Hampir 2 jam  duduk dalam kereta menanti daddy diorang abis meeting untuk dapatkan projek blog. Nasib baik wife ikut sama. Sesekali mereka turun keluar dari kereta. Huhu.. Rasa bersalah lak aku. 

Kenapa tak tinggalkan kat rumah ? Ikutkan ada plan selepas meeting tu. Budak budak ni nak sesuatu. Tu yang bawak sekali. Dan ikutkan nak tinggalkan kat rumah mak sekejap tapi sian lak kat mak. Diorang ni tak kacau la pun cuma mungkin mak nak rehat , kan ? Tu batal niat.. 

Balik rumah.. masing masing badan panas. Nak kata demam tu tak.. Tapi selsema tu yer. Bermula dari Zahra. Diikuti Aariz. Malam , kasi diorang ubat selsema dan Vitamin C. Tidur awal memasing. Aku sendiri dah tak leh bukak mata dek kepenatan. Esoknya , ada projek lagi. Huhu.. Alhamdulillah. Tapi aku je la. Anak anak tak yah ikut. Duduk rehat je kat rumah. 

Alhamdulillah.. mereka tak demam tapi selsema. Tak teruk pun.. tapi terpaksa aku cutikan mereka hari ni. Semua sekali. Cikgu dah pesan, jika anak anak selsema sekali pun.. jangan benarkan mereka ke sekolah. Huhu.. Apa nak buat ? Nasib baik aku memang 'tak keje'. Maka tak perlulah nak amik cuti. 

Suka budak budak. Cuma kesian kat parents yang bekerja tu je la. Anak anak kena cuti. Mereka pun kena amik cuti ! Tak pe la.. Kita nak putuskan rantaian.. Apa saja simptom yang ada.. kita kena waspada. Jangan ego.. jangan pentingkan diri sendiri ! 

Duduk rumah.. makan besar budak budak ni. Aku ? Puasa ! Huhuhu..


You May Also Like

2 comments

  1. Heehe sekali sekala bagi diaorang rehat kat rumah. Takpe laa kan egi sekolah kan berjangkit selsema pulak dengan kawan2. Moga cepat sembuh ya anak2 Ben ..

    BalasPadam
  2. Semenjak pandemi anak anak susah diatur, dan bermain gak karuan,..

    BalasPadam