Jangan bunuh orang lain dengan asap vape kau tu !

by - Isnin, Mac 29, 2021



Aku perhatikan jer... Sedap je diorang hisap vape dalam premis yang tak boleh sepatutnya ! Aku mencari tanda poster larangan merokok atau hisap vape tapi takda. Hurm.. Aku nak tegur ke tak nak eh ? Nak tegur baik baik ? Kalau jenis akal ada, ok la. Kalau jenis akal pun takda.. sah sah la boleh bikin gaduh ! Kalau akal ada, diorang dah sedia maklum , tak boleh hisap vape dalam premis yang ada orang lain. 

Apa salahnya kalau ko gi la hisap kat luar premis atau jauh sedikit dari premis ! Ni dengan premis tertutup , orang dalam tu pun ada..ko bantai hisap ? Sebab asap vape tu tak busuk ? Ko pikir asap vape tu mengandungi protein ngan vitamin ??? Mampu kuatkan daya ingatan ? Kuatkan tulang ? Cer kasi satu kelebihan asap vape ni pada orang lain yang tak merokok atau hisap vape !!

Aku sebenarnya geram nak menegur orang yang hisap vape , depan orang ramai ! Depan ahli keluarga sendiri.. depan kawan kawan.. Ko pikir ko cool sangat ke ? Ko ada belajar membaca tak ? Cuba cari apa kandungan yang ada dalam asap vape tu ! Ko pikir penjual tu nak cerita benda betul ke ? Kalau tak bahan yang boleh bikin kau ketagih, apasal ko boleh hisap ? Saja saja ? 

Yang suka asap ni, jin je ! Yang ko hisap tu boleh bikin kau kenyang ke ??? Saja nak layan ? Boleh... gi hisap jauh jauh. Jangan dalam kereta yang ada orang.. ada anak bini... Walaupun kau hembus ke luar, sedikit sebanyak masuk dalam ruang kereta tu. Nape kau tak telan je asap vape tu ? Kan senang ! 

Kandungan utama Vape:

    1) Propylene Glycol
    2) Vegetable Glycerin
    3) Bahan perisa dan pewarna

Propylene Glycol (PG)

PG boleh menyebabkan kesan jangka pendek dan kesan jangka aanjaag. Menurut kajian yang dijalankan, kesan jangka pendek meliputi iritasi kepada mata, tekak dan saluran pernafasan (Wielander et al 2001, Vardavas et al 2012) manakala kesan jangka panjang boleh menyebabkan penyakit asma (Choi et al 2010). Kajan ini menyokong bahawa menyedut PG boleh menyebabkan iritasi kepada sistem pernafasan seseorang.

PG apabila dipanaskan akan menghasilkan bahan yang membebaskan formaldehid (formaldehyde). Formaldehid ialah sejenis bahanyang boleh menyebabkan kanser. Kajian menunjukkan jumlah penghasilan formaldehid bergantung kepada tahap kepanasan yang digunakan ketika mengewap PG (Jensen et al, 2015)

Glycerin

Gliserin merupakan satu bahan yang selamat di mana ia digunakan di dalam sabun, krim muka dan banyak lagi. Namun begitu menyedut gliserin ke dalam saluran pernafasan boleh memberikan kesan jangka panjang kepada kesihatan. Kebanyakan gliserin yang digunakan adalah produk dari sayur-sayuran (Vegetable Glicerin). Menurut MSDS, Vegetable Glycerin (VG) boleh menyebabkan kesan yang sedikit jika terkena lapisan kulit dan mata. Penggunaan VG yang lama (berulang dan berpanjangan) boleh mengakibatkan kerosakan kepada organ dalaman.

Bahan Perisa

Berjenis-jenis bahan perish digunakan di pasaran. Kebanyakan  pengguna beranggapan perisa yang digunakan adalah tidak memudaratkan. kajian in-vitro yang dijalankan oleh Bahl et al, 2012 mendapati cecair rokok elektronik ini mampu membunuh sel iaitu sel paru-paru, otak dan lapisan kulit. Kajan ini mengira paras yang mampu membunuh sel-sel ini yang di kenali sebagai sitotoksisiti (cytotoxicity). Cecair rokok elektronik yang mengandungi pelbagai bahan perisa telah menunjukkan paras sitotoksisiti yang tinggi.

Kau nak hisap vape, hisaplah. Jauhi orang lain. Hormatlah jika kita nak orang hormat kita. Bila orang nampak kita buat begitu , mereka pandang tinggi pada kita. Tapi bila kita main hembus asap vape depan dia, rasa rasa dia nak hormat ko pastu  Takda maknanya ! Bayangkan kalau dia main kentut depan muka ko... ko rasa camana ? Kentut tu tak bahaya untuk sistem pernafasan pun ! Haa , camana ? Nak sedut ? Sedutlah.. sedutlahhh..



Cakap baik baik... pikir baik baik. Jenis yang ego , tak bertimbang rasa ni sebenarnya adalah insan bingai ! Lebih baik kau gi mati jer dari bikin orang lain mati. Kasarnya bahasa ? Dah tu.. cakap baik baik pun tak nak dengar.. nak cakap camana lagi ? Tunggu doktor sahkan kau ada kanser baru nak berhenti ? Jangan dik.. jangan.. Ko gi masuk grup Kanser Survival tu.. baca luahan hati mereka tu !

Sampai sekarang , telinga aku masih terngiang ngiang akan kata kata seseorang.. " Kalaulah aku tau, aku takkan merokok dari dulu lagi.. ". Gitulah kata kata dari arwah ayah aku.. yang meninggal dunia akibat dari rokok. Aku sendiri melihat penderitaan dia sebelum menghempuskan nafas terakhirnya. Perit..terseksa ! Dari lidah , turun ke hati, paru paru , perut.. akhirnya otak sebelum tidak mampu berbuat apa apa selain terbaring. 

Dan aku.. semput dek kerana dok melepak kawan kawan yang merokok. Kononnya kita cool ! Rupanya dalam tak sedar.. kesan jangka panjang buat orang seperti aku ni.. Tak merokok tapi sedut asap rokok kawan kawan lepaskan ! Naya naya... 

Vape lain ? Vape baru lagi.. tapi perlu tau , kandungan dalam vape tu bukannya bahan berkhasiat untuk orang lain.. Kalau rasa bagus , gi hembus depan muka ahli keluarga sendiri.. bukan muka orang lain !

You May Also Like

0 comments