Terbaik cikgu cikgu !

by - Isnin, Mac 15, 2021



Minggu ke 3 persekolahan. Alhamdulillah... nampaknya akan segalanya berjalan lancar seperti yang dirancang walaupun tidak 100% tetapi diperbaiki setiap hari. Sekolah Qhaliff, aku terasa lega sedikit sebab sekolahnya ada 3 pintu besar untuk keluar masuk dan satu pintu kecil. Dirancang dengan baik agar murid murid dapat keluar dan masuk dengan teratur. Maka tidak ada kes langgar SOP dikalangan ibu bapa ketika menghantar dan menjemput anak anak. 

Tiada kluster persekolahan setakat yang aku tau. Ada gak terbaca di Twitter tapi takda kesahihan. Yang penting , anak anak ke sekolah dengan gembira. Dapat menuntut ilmu dan berjumpa kawan kawan. Zahra, memang cukup gembira la dapat ramai kawan. Katanya dah sejuta kawan di sekolahnya. Aku , iyakan je la. Hahahaha. Qhaliff ? Dia makin kemas. Dulu masa darjah 1 dan 2, asal jemput balik.. macam kena pukul ribut taufan. Sekarang macamana dia pergi, macam tu dia balik .Hehee.. Dah besar.

Yang aku risau sebelum ni , dah pun berlaku. Camana nak jemput anak anak jika hari hujan ? Haa , memang serabut skit tapi nasib baik ada Polis dan abam tentera datang tolong bantu cikgu dan abam Rela. Terbaik ! Takda kes kena saman.

Moga segalanya berjalan lancar dan anak anak kita dapat belajar dengan selamatnya ! 

You May Also Like

2 comments

  1. Alhamdulillah moga dipermudahkan sesi persekolahan anak anak ..

    BalasPadam
  2. Kat sekolah Cinta pun kadang nampak polis dan rela datang pantau dan bantu yang perlu. Alhamdulillah setakat ni pihak sekolah ibubapa dan murid2 semua patuh SOP

    BalasPadam