Tahun 1 dan 2 ke sekolah hari ni.

by - Isnin, Mac 01, 2021

Seperti yang 'diarahkan' oleh Kementerian Pendidikan Malaysia , murid murid sekolah Tahun 1 dan 2 , ke sekolah hari ini , walaupun kes Covid 19 masih di angka 4 digit ! Ibu bapa seperti aku pastinya , memang cuak la gak tapi tak da pilihan selain dari memberi kepercayaan kepada pentadbir sekolah dan guru guru. InshaAllah. 

Semalam , ketika aku bagitau Zahra yang dia akan ke sekolah, seronok dia bukan kepalang. Tapi dia sugul seketika..

" I'm gonna miss u , daddy ! " katanya. Tersenyum aku. Soooo sweet

Anak dara ni memang manja sangat dengan aku berbanding mak dia. Huhuh.. Er, bukan dia jer. Qhaliff ngan Aariz pun gitu gak. Maklumlah, aku yang uruskan mereka sejak kecil lagi. Huhu. Maka , melekat dengan aku , itu sudah pasti. 


Hurm.. aku tau, korang pun cam aku. Risau. Apakah anak anak kita selamat dari Covid 19 di sekolah ? InshaAllah.. Kalau kita boleh bawa mereka ke sana sini ketika dibenar lakukan sedemikian , pasti di sekolah mereka selamat. Yang penting , kita senantiasa ingatkan anak anak kita untuk ikut SOP yang diarahkan. Mereka dah tak boleh buat macam dulu. Berlari sana sini. Bergurau senda dengan menepuk tampar bagai..Keadaan dah tak sama. Jauh berbeza. Satu kenangan bakal mereka ceritakan buat anak cucu mereka nanti. 

Antara persediaan , aku dah letak set kit pelindung Covid 19 dalam beg dia. Penting ni ! Aku dapati Qhaliff tahun lepas , senantiasa kehilangan face mask atau rosak. Pastu bila ke tandas katanya sabun takda. Dah tu takkan nak harap pihak sekolah sediakan semua kan ? Kita juga kena sediakan untuk anak anak. Letak dalam beg di dalam satu bekas khas dan kemas. Anak anak pun tak susah nak cari dan keadaan beg pun rapi. Set ni murah jer. Korang boleh beli kat SINI jer. Cepat je sampai. 


Untuk makanan , wife plan nak bekalkan masakan dari rumah jer. Tak perlu nak sibuk sibuk kat kantin bagai. Cikgu pun tak pening nak uruskan diorang bagai. Terus makan dari meja dia tu jer.  Dan Zahra mudah sikit bab makan berbanding Qhaliff. 

Zahra... sekolah petang. Aku tak bercadang nak hantar dia ke sekolah KAFA lagi. Buat masa ni , biarlah dia belajar di rumah dulu dan secara online melalui kelas online bersama FlyHigh Training Centre yang mana turut menyediakan kelas pembelajaran secara online untuk Tahun 1 hingga Tingkatan 5 termasuk kelas UPKK dan juga kelas membaca untuk pra sekolah ! Bagi yang bercadang mencari atau nak tau dengan lebih lanjut , korang boleh tengok di laman Facebook mereka , di FlyHigh Training Centre atau boleh whatsapp terus untuk pertanyaan ke Puan Fida di SINI.



Buat guru guru, terima kasih atas jasa anda dan kesungguhan anda dalam mendidik anak anak bangsa dan buat anak anak.. inilah realiti yang perlu kita tempuhi bersama , demi masa depan kita ! Belajarlah bersungguh sungguh dan hargailah saat saat ini. Satu hari nanti, kita pasti akan tersenyum mengenang hari ini. 

You May Also Like

0 comments