Boleh melancong dalam negeri tapi kena guna agensi pelancongan berdaftar !

by - Rabu, Mac 10, 2021


TERKINl:  Aktiviti Rentas Negeri Untuk Pelancongan Domestik Dad Negeri PKPP Ke Negeri PKPP Dibenarkan Bermula Esok, Tetapi Bersyarat !  Antara syarat yang perlu dipatuhi ialah menggunakan agensi pelancongan berdaftar, kenderaan berdaftar, bersendirian tidak dibenarkan, perjalanan mesti terus ke PKPP lain.

Lega aku dengar ! Satu lagi usaha kerajaan untuk meningkatkan ekonomi rakyat. Walaupun tidak menyeluruh lagi tapi sekurang kurangnya memberi sinar dan juga semangat buat kita. Ini menunjukkan kerajaan semakin positif. Yelah , daripada kerajaan kata terpaksa tutup kembali sektor ekonomi yang sedia ada , baik dia kata boleh buka ! Kan ? 

Setiap hari aku baca posting kawan kawan di media sosial. Ada yang mengeluh sebab kena buang kerja. Pendapatan kurang dek kerana kena potong gaji juga. Ada bisnes tak kencang. Dan macam macam lagi. Kes jenayah ? Hurm... korang pun tau. Bayangkanlah jika berterusan begini ?


Jika pelancongan domestik dibuka , sekurangnya ramai kembali ada pekerjaan. Ada pendapatan. Pekerja agensi pelancongan. Pemandu bas pelancong. Pekerja tempat pelancongan seperti hotel. Restoran dan juga kedai kedai makan juga boleh kembali senyum sebab ramai orang luar datang. 

Kenapa kena guna agensi travel berdaftar ? Sebab nak bagi bisnes pada mereka ke ? Pertama.. Kita kena tau apa fungsi agensi travel berdaftar ni. Pelancongan anda lebih terurus dan terjamin.  Katakan pelanggan mereka dari Putrajaya ke Perlis. Mereka akan terus memandu ke sana. Mungkin berhenti satu tempat yang dirasakan selamat. Mereka juga akan senantiasa memberi pesanan agar patuhi SOP. Bayangkan jika pergi sendiri ? Contoh aku sendiri dah la. Berapa banyak tempat nak berhenti ? Rehat .. nak makan la. Kos juga dapat dijimatkan. Dari segi pengangkutan dan penginapan. Mereka akan dapatkan harga terbaik untuk pelanggan mereka.


Kemudian, pakej yang disediakan.. mesti lain dari yang lain. Ko nak style mewah ada.. Nak adventure pon ada ! Mereka akan uruskan. Kita bawak beg jer. Aku tahu ada yang boleh buat sendiri. Kalau nak buat sendiri, tunggu je pengumuman dari MKN nanti. Buat masa sekarang, mereka nak fokus pada golongan yang nak bergerak beramai ramai.. Kalau gi Korea Jepun boleh ramai ramai.. dalam negara pun mesti boleh. Walaupun dalam negara tapi banyak yang kita terlepas pandang seperti sejarah tempat dan lokasi lokasi yang tersembunyi tapi menarik ! 


Sebelum ni , mungkin aku pun macam mereka yang tak puashati kenapa kena guna agensi travel. Tapi bila aku ikut kawan aku yang membawa pelancong pelancong dari negara luar , maka aku faham kenapa kena guna agensi travel. Lebih tersusun dan ikut jadual. Segalanya selamat ! Pelanggan pun lebih yakin akan keselamatan mereka. Dan mereka berminat untuk kembali lagi ! 

Dan aku tahu.. ada yang merindui kampung halaman.. orang tua mereka. Maka bila ada kesempatan begini, ada yang nak 'berlakon' gi melancong. Heheheh.. Kita jadikan contoh yang lepas tu yer. Dari zon hijau terus bertukar jadi zon pelangi. Macam macam warna ada. Huhuh..

InshaAllah.. kita doa doakan yang baik untuk negara kita. Yang paling utama , kita hidupkan ekonomi rakyat sedikit demi sedikit. Hidup kita mungkin senang walaupun tak mewah. Tapi ada yang diluar sana tu, nak makan pagi pun kena tunggu malam... baru dapat jamah sesuap nasi. Kita saling membantu. Jika ada yang susah  kita tolong. Kalau kita tak tolong , nanti kita jugak yang susah ! Haa.. Faham faham je la.

Terima kasih kerajaan Malaysia. 

You May Also Like

4 comments

  1. Followlah yang kerajaan sarankan. Moga terkawal wabak ni InsyaaAllah. Selamat melancong 😁

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah. Moga sedikit demi sedikit dapat kembali menjana pendapatan dengan sebaiknya.

    BalasPadam
  3. kerajaan nak tolong agensi pelancongan ni. diaorang sangat terkesan dengan pandemik covid ni. tapi saya jenis tak suka travel ikut agensi, so kita travel dalam negeri sajalah kalau mahu. kat selangor ni pun ada banyak tempat best.

    BalasPadam
  4. Haritu mak baru cakap dh boleh melancong tapi tak boleh naik kenderaan sendiri. Nad cakap la, mungkin nak bagi pendapatan dekat agensi yang hilang pendapatan macam bas tu semua..hehee

    BalasPadam