Cantiknya Tasik Cermin, Shah Alam tapi sampai bila bertahan ?

by - Selasa, Mac 09, 2021

Aku nampak kawan blogger aku post di Instagram. Awalnya  aku ingat dia kat Tasik Kenyir atau sebagainya. Amboi , rentas negeri nampak ! Hahahahah.. Tapi bila tengok dia tag lokasi.. aku cam.. "Mamat ni nak kencing sapa la pulak ?? " . Apa giler tasik secantik ni kat Shah Alam !!! Setahu aku pun yang cantik kat Shah Alam tu, Masjid Shah Alam jer. Lain aku tak tau. Hahahaha.. Aku tak tau yer. Al maklumlah , aku ke sana pun bila ada event jer. 

Aku klik kat tag lokasi dia. Dan terkedu ! What ?????? Tasik Cermin kat Shah Alam ni cun begini ke ? Ke gambar edit ni ? Hahahah.. Mengelupur bulu ketiak aku jap ! Nak kena gi gak ni ! Kalau betul punya cun macam ni... siap boleh hiking , berkayak dan berenang lagi haa ! Berposing jangan cita la. Memang tempat cantik kot ! 

Ni gambar yang aku amik di Instagram. Pinjam yer. Jangan risau.. tak disalahgunakan. Nak tag orangnya, nanti takut korang nak privacy. Maaf eh. Kalau marah , bagitau yer. Nanti delete. 





Kalau tengok dari petanya.. cam tak sangka lak ada tempat riadah begini. Cuma tak pasti la boleh gi bersama keluarga atau tidak. Sebab kena redah masuk hutan gitu. Tak tau berapa lama tapi dari apa yang aku baca , ada banyak laluan untuk sampai ke tasik ni. Hurmm.. 

Tak sangka eh ? Ke aku je yang tak tau. Hahahaha.. Adoi laa..


Tapi... tapi... dalam banyak posting gambar , ni yang menarik minat aku. Kalau lihat dari segi pembangunan sekitar dia , macam tak bertahan lama je Tasik Cermin ni. Apakah akan hilang juga nanti atau akan dijaga keunikannya ? Jangan sekadar dijadikan tempat reaksi tanpa dijaga flora dan faunanya. Huhu.. Sedih weh ! 

Aku harap , kerajaan negeri tak tamak haloba la yer. Kena beringat juga la. Apa guna pembangunan tanpa kehijauan ! Setakat kehijau ciptaan manusia.. hurm.. Kita nak yang asli gitu ! Baru seronok.. 



Amacam ? Nak gi tak ngan aku ? Kita redah redah.. mandi mandi.. kayak kayak.. pastu balik ! Hahahaha..  Bawak anak anak pun syok ni. Huhuh..  Bila nak gi ? Tu masalahnya. Hahaha.. Aku nak ke Shah Alam tu memang bercinta la skit. Bukan apa.. memikirkan jammednya tu. Melainkan kalau gerak awal pagi ! Wah.. mesti syok ! Ke amik hotel berdekatan. Lagi syok kan ? Hahahaha.. 



 

You May Also Like

14 comments

  1. Cantiknya. Sini dekat dengan sekayu, kenyir. Tak pegi pegi lagi😅

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. mungkin akan datang kawasan ni akan di jadikan kawasan mix development.

      Padam
  3. Cantiknya, nak pergilah nanti!

    BalasPadam
  4. syok syok...kalau nak mandi xyah hiking pun...cuma parking jauh sikit kena jalan dlm 5min...so far bersih lagi tasik ni...mandi mmg best

    BalasPadam
  5. Cantiknya Tasik Cermin ni Ben...main drone sini best ni. Lama dah x fly ni

    BalasPadam
  6. Lawa...tp tu lahhh mcm x tahan lama je... Huhu

    BalasPadam
  7. Kalau dapat bermalam rasanya lagi ok.

    BalasPadam
  8. indahnya ciptaan yang maha esa :)

    BalasPadam
  9. Cantikkk tpi takleh nk merentas huhu

    BalasPadam
  10. Lama nak g Tasik Cermin ni. Bila dah close date je PKP. Nak plan balik.

    BalasPadam
  11. cantik. nanti nak datang la nak snap gambar atau buat ootd. hahahha

    BalasPadam
  12. memang lawa sangat tu..kita pun belum pergi lagi..hehe..alahai tgk gmbr last tu..habis nk buat ape la tu

    BalasPadam