Jangan lupa bawa anak anda buat pemeriksaan mata !

by - Jumaat, Mac 05, 2021

Alhamdulillah.. hari ni ,buat pertama kali dalam tahun 2021..geng geng Lembah Klang , Johor dan beberapa buah negeri lagi boleh merentas daerah. Sian kan ? Tapi anak nak buat , kan? Kena terima je la. Salah sapa sekali pun, kita kena tanggung sendiri. Sebab tu kita tak boleh pentingkan diri sendiri. Bukan kita je dapat 'bala'nya tapi orang sekeliling turut terpalit sama ! Huh.. 

Ok..Dalam tempoh PKP ari tu, anak anak duduk di rumah main gajet dan juga belajar online. Kan ? Tau kan betapa bahayanya skrin gajet tu pada mata anak anak kita ? Kesannya bukan terus nampak tapi sedikit demi sedikit.. hari demi hari ! Macam aku la.. akhirnya , darjah 1 dah pakai cermin mata ! Kalau tak pakai, dalam kelas aku tak boleh nak fokus. Bila tak fokus , malas la nak belajar ! Main dalam kelas. Pastu kena marah ngan cikgu. Nak buat camana ? Dah tak nampak cikgu ngajar apa kat depan tu ha.. kan ?



Apa yang boleh aku nasihat ialah.. bawak anak korang tu, gi check mata ! Tak kisah la ke doktor ke.. atau ke kedai cermin mata. Jangan buat spek rabun tapi buat spek anti blue light ! Nah, korang kena baca entri aku yang bertajuk KENAPA PERLU PAKAI CERMIN MATA BILA GUNA GAJET ni !

Dan baru ni ada kawan mesej aku.. Dia tanya bila kedai cermin mata  Eyes Vision Group di Bukit Bintang boleh beroperasi sepenuhnya ? Katanya kedai yang dia gi dalam daerah dia , harga semua giler giler mahal ! Huhu... Bila baca komen kawan kawan aku yang dah pernah buat cermin mata kat Eyes Vision Group ni, dia teruja nak gi buat lak.. 

Yeah... 5hb Mac 2021 , semua kedai dah boleh beroperasi dan dibenarkan merentas daerah. Maka , bolehlah pergi buat cemin mata bersama keluarga. Jangan sorang sorang. Buat pakej family. Dapat harga best ! 


Sementara boleh keluar rumah ni , gi la buat cepat cepat cermin mata untuk anak anak kita tu. Jangan lupa untuk diri sendiri juga. Jangan sampai mata rosak , baru nak buat. Mahal harga mata kita tu. Kang dah bermasalah dengan silau atau rabun.. aduh, ruginya ! Hilang nikmat dunia ni. Huhuh.. 

Sebarang pertanyaan , boleh whatsapp terus Mr Jun. 

Alamat Eyes Vision Group : Ground Floor G-096, Sungai Wang Plaza, Plaza Bukit Bintang, 55100, Kuala Lumpur
Whatsapp :  Mr. Jun ( 016 3636 464 )

You May Also Like

3 comments

  1. EH.. sama un pun dah pergi buat , yg anti blue untuk anak. mmg nak depa jaga mata.

    BalasPadam
  2. Setuju! Memang kena bawak anak periksa mata. Nina baru jer bawak Eilman. Sebab asyik tengok phone belajar online.

    BalasPadam
  3. Betul, kene buat pemeriksaan mata anak..Bukan kita tau mata elok ke tak

    BalasPadam