Camca Cafe , Saujana KLIA memang puashati !

by - Mac 28, 2021

Kisahnya gini..

Adik ipar sekeluarga datang ke rumah malam tadi. Dah jadi tabiat kitorang, akan keluar mengeteh di mana mana tempat yang best. Aku rasa semua macam tu kot. Melainkan dia rajin nak memasak kat rumah. 

Tapi wajib ke tempat yang tak ramai orang sebab si anak dara dia tak nak gi tempat ramai orang. Bagus la gak tu. Risau Covid 19 kan. Budak budak ni dah fobia. Huhu.. Aku ok jer. Bukan nak makan sangat pun. Sekadar lepak minum dan pekena makanan ringan. Huhu.. Kononnya. 

Asalnya plan nak ke Kota Warisan tapi bila dah sampai area tu, nampak kereta dah bersesakan. Tandanya semua kedai mesti ramai orang. Terus aku halakan strering kereta ke Saujana KLIA. Tak pernah masuk sini sama sekali. Tak sangka rumah rumah dalam ni cantik. Jalan raya luas dan selesa. Kedai makan pun banyak. 

Berhenti di depan satu restoran ni. Tak ramai orang. Masuk dan usha meja. Ada satu meja, tengok pinggan mangkuk tak berkemas lagi. Hurm.. Perhati dua tiga meja yang ada pelanggan. Duduk termenung. Er, kedai ni tukang masak dia buat semua kerja ke ? Huhuh.. Kalau diorang ni belum dapat makanan, kitorang yang ramai ni apatah lagi ! Huhuh.. 

Terus ke kedai lain. Tu yang singgah Camca. Nampak staff baik dan ramah. Kat luar ada jual satay. Kelihatan sedap je satay tu. Aku saja tanya soalan. Nak tengok owner camana. Bagus ke tak. Kalau dia melayan dengan baik tandanya boleh makan la satay dia. Dan memang bagus la. Terus aku mintak wife orderkan. Huhuh..

Masuk dan duduk. Tak tau nak order apa. Aku test order Keow Teow Goreng + Telur mata. Kalau sedap keow teow goreng ni, tandanya kedai ni memang boleh jadi kedai kegemaran aku. Yang lain makan satay dan mee goreng. 





Ketika keow teow goreng  sampai, aku nampak cam biasa je la. Terus mintak cili potong. Sementara tunggu sampai, aku makan dulu. Hurmm.. Rasa dia semacam ! Apasal lain je rasa dia ? Aku rasa lagi dan lagi. Eh, sedap pulak ! Ada cam ikan masin gitu ! Dia campur ikan masin ke ? 

Aku bagitau wife. Tadi pun , masa staff dia dok cakap ngan kitorang, aku perasan gaya pertuturan dia lain. Awalnya aku ingat Siam Kelantan gitu. Tapi bukan sebab aku leh tau kalau yer. Wife tunjuk menu. Ada gabungan bahasa utara. Owh ! Baru aku tauu ! Teringat kes di Baling ! Aku gi makan kat sana , diorang cakap bahasa yang kitorang tak paham ! Bila aku ceritakan pada kawan aku yang tinggal di sana , dia cerita la kat aku. Barulah aku tahu ! Huhuhu..

Maka aku tahulah.. patutlah sedap ! Mee Goreng pun sedap ! Satay ayam dia gemuk ! Aku rasa 4-5 lidi dah cukup untuk aku. Tak muak pun. 




Settle makan sini. Ada beberapa menu diorang dalam sasaran kiorang pasni. Aku teringin nak rasa pasni. Apakah sesedap seperti yang aku makan tadi tu.. atau kitorang bernasib baik , makanan malam ni kebetulan sedap belaka ! Hahahah..

Layanan dan kebersihan kedai.. aku kasi 9/10 !  Kami akan kembali ! 

You May Also Like

4 comments

  1. Tertanya ni.. Bahasa apa depa sembang? Haihs kalau dah leh rentas ni leh la lajak pi try satay.. Dok teringin lama nak makan satay ni.

    BalasPadam
  2. Dah lama tak makan satay, sedapnya la haii

    BalasPadam