Tempat menarik sekitar 'Selangor Jer' yang patut dikunjungi bersama keluarga tersayang !

by - Mac 08, 2021

Bosan ? Tertekan tak boleh pergi bercuti menenangkan fikiran ? Huhuh.. Yer , aku memahaminya. Aku pun gitu gak. Tapi tak pe la.. Asalkan buat masa ni , kita dah boleh rentas daerah dan dapat lakukan aktiviti tertentu dengan SOP yang diarahkan , bagus dah tu ! Daripada duduk terkurung dalam rumah main gajet jer.. boleh buta mata hati weh ! Hahahaha.. Kan kan ? 

Nah... bagi mereka yang tinggal di Lembah Klang ( KL dan Selangor ) , boleh la kita gi bercuti di tempat tempat terdekat terlebih dahulu. Kita meriahkan pelancongan dalam kawasan kita. Biar geng negeri lain telan air liur tengok. Hahahah.. Gurau jerr.. 

Ok... Di Kuala Lumpur dan Selangor ada banyak sangat destinasi menarik yang boleh dikunjungi. Tapi biarlah aku up 10 dulu eh. Ni pun sumber dari Tourism Selangor. Hehehe.. 

1. Singgah Santai Resort, Hulu Langat 

Singgah Santai Resort merupakan antara penginapan bercirikan “resort” terbaharu di Daerah Hulu Langat dengan pelbagai jenis bilik penginapan mengikut keperluan pengunjung. Di sini turut disediakan pelbagai ruang untuk bersantai di sekitar kawasan resort. Para penggemar aktiviti percutian dan “backpacking”, atau pengunjung yang datang bersama keluarga dan anak-anak kecil pastinya akan menikmati pengalaman menginap di sini kerana suasananya yang penuh mendamaikan; agak terpencil dari hiruk-pikuk kawasan bandar. 

Alamat: Kg Batu 14, Jalan Felcra Semungkis, Hulu Langat, Selangor.

2. Tugu Badminton Anak-anak Sidek, Banting

Di Pekan Banting terdapat sebuah monumen yang berdiri gah bagi memperingati jasa anak-anak Sidek yang pernah mengharumkan nama negara sehingga ke peringkat dunia dalam arena sukan badminton. Kisah mereka juga pernah menjadi nukilan dalam siri animasi dan komik yang amat popular suatu ketika dulu; Anak-Anak Sidek. Tugu Peringatan Keluarga Haji Sidek ini dibina bagi meraikan kejayaan anak-anak Sidek di persada sukan badminton dalam Negara dan antarabangsa. 

Tugu ini telah didirikan di dalam kawasan kediaman Tuan Haji Sidek di mana ianya adalah tempat tokoh-tokoh badminton Negara tersebut telah dibesarkan. Kini, ianya merupakan salah sebuah tarikan dengan nilai sejarah di Pekan Banting, Kuala Langat.

Alamat: Jalan Sultan Alam Shah, Kampung Kanchong Darat, 42700 Banting, Kuala Langat, Selangor.

 3) Air Terjun Sungai Lepoh, Hulu Langat

Air Terjun Sg Lepoh adalah salah sebuah daya tarikan terbaharu di Daerah Hulu Langat. Juga dikenali sebagai Sungai Lopo ataupun Sungai Lepok, air terjun yang sangat menenangkan ini merupakan sebuah kawasan perkelahan yang sentiasa menarik minat penggemar aktiviti pendakian serta pencinta alam sekitar yang tinggal di sekitar kawasan Lembah Klang, terutamanya pada hujung minggu dan cuti umum.
 
Alamat: Lot 3461, KM22 Sungai Lepoh, Kampung Kuala 43100, 43100 Hulu Langat, Selangor.

4) Anjung Spotter, KLIA Plane Spotting

Anjung Spotter, yang merupakan sebuah tarikan di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) di Daerah Sepang kini dibuka kepada orang ramai terutamanya peminat kapal terbang dan fotografi. Di sini, mereka berpeluang untuk melihat dan merakam gambar pesawat yang berlepas atau mendarat di KLIA ini dari sudut-sudut yang menarik. Konsep terbuka di Anjung Spotter ini juga memberikan pengalaman luar biasa kepada pengunjung, serta dapat mencipta memori tersendiri terutamanya kepada kanak-kanak.

Alamat: Jalan Pekeliling , Kuala Lumpur International Airport, 64000 Sepang, Selangor.


5) Ardence Labs @ Eco Ardence, Setia Alam

Dalam ramai asyik berlumba-berlumba mencari tempat-tempat menarik sebagai latar bagi gambar mereka di laman media sosial, pemaju hartanah di Negeri Selangor turut tidak berkecuali dari mewujudkan tempat-tempat menarik di sekitar kawasan yang dibangunkan mereka. Sebagai contoh, Ardence Labs @ Eco Ardence merupakan tarikan terbaharu di Setia Alam di mana para pengunjung berpeluang merakamkan gambar yang menarik dengan elemen 2D, 3D, grafitti dan lain-lain.
 
Alamat: Eco Ardance Sales Gallery PT 8, Persiaran Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor.
 

6) Elmina Central Park, Shah Alam

Kehijauan dalam pemodenan. Elmina Central Park merupakan kawasan riadah yang mempunyai trek joging yang dikeliingi pepohon yang menghijau. Pengunjung taman juga dapat menikmati kemudahan aktiviti berbasikal dan kasut roda. Jambatan Icon Elmina (Elmina Iconic Bridge) pula merupakan sebuah struktur yang gah dan sesuai untuk dijadikan latar gambar. Dengan warna merah terang, jambatan ini kelihatan seolah-olah menyala apabila matahari menghilang dari pandangan sekaligus memberikan pengunjung pemandangan malam yang sangat mengagumkan.

Alamat: Seksyen U16 City of Elmina, 40160, Selangor.







7) HL Dragon Fruit Eco Farm, Sepang

HL Dragon Fruit Eco Farm yang terletak di Daerah Sepang ini bukan sahaja mempunyai ladang tanaman buah naga yang luas, malah turut menyediakan pelbagai aktiviti pertanian untuk pengunjung. Mereka berpeluang untuk merasai pengalaman menanam sendiri pokok buah naga, memetik buah naga segar, mempelajari pendebungaan bunga buah naga, serta menjelajahi keindahan kebun buah naga dengan khidmat jurupandu yang mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam tanaman ini.

Alamat: Lot 7608, Jalan Besar, Baru Satu, 43900, Sepang, Selangor.

8) Kolam Air Panas Sungai Serai, Hulu Langat

Negeri Selangor terkenal dengan pelbagai keunikan alam semulajadi yang mempunyai penggemar dari pelbagai kelompok usia. Bertempat di Kampung Sungai Serai, Hulu Langat, Kolam Air Panas Sungai Serai merupakan sebuah tarikan terbaharu bagi penggemar alam sekitar. Di sini terdapat banyak kolam air panas memandangkan struktur tanahnya yang mempunyai kandungan belerang yang tinggi. Kolam air panas ini juga merupakan destinasi yang tepat untuk disinggahi selepas kesejukan bermandi manda di kawasan air terjun yang banyak terdapat di Daerah Hulu Langat.
 
Alamat: Lot 769, Jalan Sentosa 11/A, Taman Desa Sentosa, Hulu Langat, Daerah Hulu Langat, selangor.

9)  Woodhouse KKB IO Home, Tinggian, Kuala Kubu Bharu

Woodhouse KKB IO Home menawarkan pengalaman menginap di seleksi rumah kayu yang cukup unik dengan elemen privasi. Pemandangan puncak Bukit Kuala Kubu Bharu yang menakjubkan turut menjadi latar di lokasi ini. Woodhouse KKB IO Home dihiasi dengan kemudahan moden untuk penginapan yang selesa dan serba mewah.

Ia juga memiliki kolam renang privasi, dua bilik tidur besar dengan bilik mandi individu, dapur luar yang dilengkapi dengan peralatan memasak, ruang makan beranda, kemudahan untuk aktiviti barbeku, mesin basuh, TV kabel, meja belajar, serta banyak lagi kemudahan lain.

Alamat: Jalan Harmonian 2, Off Jalan Padang Golf, Tinggian, 44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor

10) Bukit Chenuang, Hulu Langat

Bukit Chenuang yang terletak di Daerah Hulu Langat mempunyai potensi untuk menjadi pilihan para penggemar aktiviti pendakian selepas Bukit Broga kerana trek dari pintu masuk Hutan Lipur Sungai Chongkak ke puncak Bukit Chenuang dilengkapi dengan tanda arah yang jelas serta memudahkan. Di sepanjang perjalanan juga terdapat beberapa batang anak sungai bagi melepaskan lelah dan bersantai, dan pendakian hingga ke puncak Bukit Chenuang dijangka mengambil masa dalam 2-3 jam, bergantung kepada kelajuan dan kemahiran para pendaki.
 
Alamat: Pejabat Hutan Daerah Selangor Tengah, Tingkat 1, Blok B, Platinum Cheras, 43200 Cheras, Selangor






WoodHouse KKB yang gambar di atas ni cam best je kan ? Hahaha.. Aku pun tergoda dah ni. Hehehe.. Kena simpan duit dulu untuk ke sini. Alang alang nak bercuti , biar puashati gitu.. kan kan ? Nah... amacam ? Ada banyak lagi tarikan. Korang boleh terus ke web Selangor Travel di SINI

Selamat bercuti dan... jaga SOP yer ! Jangan jadikan diri kita sebahagian dari rantaian COVID 19. Selagi boleh elakkan, kita elak ! 

You May Also Like

5 comments

  1. Kelmarin dah plan nak gi Hulu Langat. Memang kena pegi gak nanti bawak family berjimba! Taksabar....

    BalasPadam
  2. Sekarang ni dah boleh merentas daerah orang2 selangor boleh g relax kan diri

    BalasPadam
  3. Wah bnayak tempat best kat Selangor juga.

    BalasPadam
  4. Ada beberapa tempat tak pergi lagi..haishh kene pulun pergi juga ni..hahaa

    BalasPadam