Kau silap menculik anak anak dia!!

by - Mac 16, 2021

 

Kalau di tempat awam , jangan sesekali lepaskan anak anak dari mata kita ! Jika tidak , inilah yang bakal berlaku. Kena culik woo ! Penjenayah senantiasa menanti masa jer. Tapi penjenayah tu kali ni silap orang la. Diculiknya anak Helle Berry ! Memang naya la penjenayah tu. Hahahaha.. 

Filem Kidnap ni memang gempak la. Dibuat mengikut apa yang kita nak buat ! Kira puashati perut kita yang meontonnya. Setiap tindakan dia , kita akan luahkan begini.. " Padan muka dia !. Sebabnya itu juga yang kita akan buat . Ada juga babak yang buat kita terfikir.. " Kalau aku di tempat dia, apa yang akan aku lakukan ? Nak buat ke tak ? ". Macam main game je. Syok gak sebenarnya kalau ada game macam ni. 


Dan apa jadi jika laporkan kepada pihak polis lak ? Hasaa.. Sekali tengok kat papan kenyataan , ada banyak kes kehilangan anak di situ ! Perghh.. lagi mengelupur la ! Nak tak nak , kena cari sendiri gak. Adakah kita akan buat seperti dia atau menanti je pihak polis buat siasatan ? Huhuhu...

Yer.. ini dalam filem jer. Kalau realiti , kena balik rumah dan tunggu jer.. Huhu.. Takda pilihan gitu. Harapnya tak perlu sampai begini la kan.


Babak suspen sehingga tamat sangat best ! Memang geram dilepaskan dalam filem Kidnap ni. Kiranya memang puashati sangat la tengok cerita ni. Kira happy ending la. Watak Helle Berry dalam filem ni memang menjadi la. 

Moral cerita ni... Jangan culik anak Helle Berry ! Dia kejar sampai ke hujung dunia punya. Hahahaha..

You May Also Like

1 comments

  1. Citer lama nih tapi memang best sebab dah pernah tengok, sapa suh culik anak dia kannn . Mak2 yang nampak macam Mak Kuntum ni kalau dah terdesak terus bolah jadi Mak Jemah tau.....

    BalasPadam