Puasa ku kecundang lagi kerana menu baru di Nasi Ayam Mafia !

by - Mac 25, 2021

Jam 600 pagi. Wife kejut. Tanya nak puasa tak ? Dia tak puasa ari ni sebab kena makan ubat. Biasa aku akan puasa sebab nak teman dia. Yelah , dah alang alang aku diet , baik puasa jer. Lagi pun , perut rasa lebih selesa.  

Aku bangun sahur.. tapi tak makan ! Kononnya leh tahan la. Hahahaha.. Kononnya ! Tapi segalanya berubah bila Qhaliff kata nak makan ayam. Hari ni agak kelam kabut skit sebab dia balik awal dan Zahra lak , bangun lewat ! Zahra tak sempat nak makan pagi. Dalam kereta dia cakap lapar ! Tu jadi kelam kabut. 

Dipendekkan cerita.. aku belanja la Qhaliff makan sedap. Kalau tak, kena makan apa mak dia masak je la. Katanya nak makan Nasi Ayam Mafia. Lama tak makan kat situ. Aku pun bawak je la. Dekat je ngan rumah. Lagi pun memang lama dah aku tak ke restoran kawan aku ni. Sini , menu menu dia memang menarik jiwa la. 

Hurm... Chef Joe buat pembaharuan lagi ! Dia buat sistem order melalui QR Code di meja masing masing. Terus bayar online je. Cash pon boleh tapi untuk mudah, tak perlu beratur bagai.. buat gitu jer ! Order bayar dan tunggu nama dipanggil ! Terbaik ah !




Menu nasi ayam  kampung kat sini ada beberapa jenis. Kalau korang suka yang pedas pedas, inilah tempat mencuba lidah korang. Aku tak sanggup ! Hahahah.. Aku suka tapau makan kat rumah jer. Kenapa ? Sebab pedas sampai mengalir air hidung ! Hahahaha. 

Tapi dek kerana aku puasa ari ni, aku beli 2 je la. Nasi ayam ni belum mampu mengugat iman aku. Hahaha... Tapi tetiba Chef Joe muncul dan kasi aku kambing bakar. Katanya menu baru sini. Alamak.. Kambing ? Bakar ? Menu baru ? Adoilah... 

Aku tenang.. Aku cakap kat dia aku puasa. Nanti buka, boleh cuba. Huhu.. Rezeki. 



Hahahahahahhahahahahah.. Gagal ! Adoi laaaa.. Macam budak budak ! Hahahaha.. Bukan apa.. risau nanti sejuk, tak sedap lak kambing tu. Dah tu, kambing tu pun satu hal. Melambai lambai aku suruh menjamah dia. 

Aku letak sambal dan kicap.. sup.. pastu buka la puasa selepas azan Zohor berkumandang. Betul dah la tu kan ? Buka lepas azan.. Tapi ok la.. ari Selasa ari tu, setengah ari.. Hari ni setengah ari.. setengah campur setengah , jadi satu ! 


Nampak hitam gelap kan ? Tu madu tu.. memang pergh laa rasanya ! Tak sia sia buka ! Hahahaha.. rosak rosak. Hahahaha.. 

Info lanjut , boleh rujuk FB Nasi Ayam Mafia. Bertuah tul aku tinggal di kawasan makanan yang sedap sedap. Hahahaha.. 

You May Also Like

5 comments

  1. Aduh ayam dia menggoda sungguh

    BalasPadam
  2. betul2 mafia ni nasi ayam tu..hehe..sedap plak nampak

    BalasPadam
  3. perrggh! patut pun kecundang. Nampak nasi tu memang sedap.

    BalasPadam
  4. Menariknya ada kambing. Tgk nasi ayam tu pun LM dah tergoda. Kalau kambing memang terpeleot la hati. Tak pernah sampai sana lagi. Nanti ada peluang nak try lah.

    BalasPadam