Raya and The Last Dragon , pengubat rindu pada Moana !

by - Ahad, Mac 14, 2021







Ahh.. best benar cerita Raya And The Last Dragon. Layan dengan anak anak, diorang siap suruh ulang lagi. Huhuh.. Tapi sayangnya , kalau ada lagu macam Moana tu mesti lagi best. Lagu lagu dalam Moana kan best belaka. Huhuh..

Cerita simple jer tapi ada teladan. Karektor pun menarik. Kalau dibuat seperti Frozen , rasanya boleh jadi idola kanak kanak ni. Cam si Sisu , Raya.. memang comel gitu. Hahaha.. Watak dia cute jer. Heee.. Aku sendiri tertarik dengan cerita ni. Mengingatkan aku pada Moana. 

Ceritanya mengisahkan bagaimana kehidupan di Kumandra , manusia dan naga aman damai hinggalah datangnya Druun.. raksasa yang serupa macam Covid 19 yang membuatkan mana mana hidupan menjadi batu ( manusia dan naga ). Akhirnya diselamatkan oleh sebuat batu  sakti. 500 kemudian, dek kerana ketamakan manusia, batu tu jadi rebutan dan Drunn kembali merajai bumi Kumandra yang telah berpecah kepada beberapa buah kawasan mengikut puak puak tertentu. Eh, tengok la sendiri. Best ! 

Aku tengok kat mana ? Er.. erk... entah. Hahaha.. 

You May Also Like

1 comments

  1. Rasa cam tgk gak rtu. Katne ntah lupa dah. Best la jugak cter dia ..

    BalasPadam