Ehsan Water Park , tarikan terkini di Port Dickson.

by - Mac 28, 2021

Taman Tema Air Ehsan atau Ehsan Water Park , Port Dickson yang baru dirasmikan pada 27hb Mac 2021 oleh YAB, Dato' Seri Haji Aminuddin bin Haji Harun selaku Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus bakal menjadi tarikan utama pusat riadah rakyat Malaysia terutamanya , Negeri Sembilan. Terletak di Port Dickson , Ehsan Water Park ini menjanjikan keseronokan bermain air bersama sama keluarga tercinta. 

Harga tiket bagi aku , ok la. Mampu bayar. Takda la harga menjilat jari gitu haaa ! Maksud aku.. masih dalam lingkungan untuk mereka yang punya ramai anak  masuk beriadah di sini. Puas hati la gitu. Sesekali apa salahnya, kan ?

Terletak di Jalan Pantai Pasir Panjang , Ehsan Water ini menjanjikan keseronokan buat anak anak yang bakal mereka kenangi. Bagi aku, sesekali apa salahya, kan ? Lagi pun dalam ni ada apartmen  untuk penginapan jangka pendek.

Sepatutnya semalam aku ke majlis perasmian tapi tak dapat pergi kerana terletak di negeri lain dan aku kena ikut la SOP. Huhu.. Tak pe la.. Tunggu nanti boeh rentas negeri, aku wajib ke sini ! Lagi pun anak anak aku masih kecil. Mesti mereka ke sini nani.

Harapan aku, lebih banyak  tarikan seperti Ehsan Water Park ada di Negeri Sembilan ini. 















Dibuka pada hari Khamis hingga Ahad. Manakala  Isnin sampai Rabu , tutup kecuali cuti sekolah. Maklumat lanjut, korang boleh tengkok https://www.ehsanwaterpark.com/

Alamat : No 1, Batu 13, Jalan Pantai,
Pasir Panjang, Si Rusa,
71250 Port Dickson, Negeri Sembilan,
MALAYSIA.





 

You May Also Like

1 comments