Sambal Tempe by Afiq Halid , bikin panas betul !

by - Mac 19, 2021

" Ben , kau nak tempe tak ? Ke ko tak makan tempe pedas ? " tanya seorang sahabat. 

" Hurm.. tempe apa ? Aku makan je semua benda. Tolak yang haram dan bukan wang rakyat.." jawab aku. 

" Haa , jap lagi aku sampai. Aku bawak tempe pedas. Afiq buat.. " katanya lagi. 

Aik ? Bila pulak si Afiq ni buat ? Tapi aku tak hairan la pun sebab si Afiq ni memang pekat Jawanya. Hahahah.. Maka boleh bikin la tempe. Mesti original dan padu rasanya. Dan aku suka la makanan yang ada protein serta takda gula ni. Maka boleh makan sambil layan Jack Synder Justice League ni. Huhuh.. Syok !

Malam tu, sahabat tu sampai. Bertukar tukar barangan. Dia nak rasa sushi Mat's Kitchen yang wife aku beli tu. Kalau sedap , dia nak order banyak banyak. Dan dia nak rendang Kelantan yang sedap tu ! Hari tu ada pernah kasi dia. Terlampau sedap katanya. Hahahah.. Amik je la nak oi..




 Tadaaa.. Abis ! Wife kecik hati. Makan tak ingat kat dia. Hahahaha.. Apa nak buat ? Sedap makan begitu saja. Hahahaha.. Tak leh jilat jari la pun. Tapi serius , memang sedap. Rasa nak beli untuk buat stok. Ni kalau makan dengan bubur , perghhh.. boleh abis sekawah ! Standby untuk Ramadan ? Bubur lambok ? Waduhhh pak ! Bikin terliur ini. 

Nanti order ya , Afiq.. 

You May Also Like

7 comments

  1. Malangnya wife x suka tempe

    BalasPadam
  2. Kita tak biasa ngan tempe sebab kat belah tegau pahang kurang tempe2 ni. Tapi bila tgk krup krap krup krap macam sedap laa pulak.

    BalasPadam
  3. pedas tu memang sedap... dah tk boleh makan pedas pulak

    BalasPadam
  4. Sedao sungguh. Cukuo rasa. Xcukuo sebalang

    BalasPadam
  5. Ishh nak kena order gak lah, lama dah dok usha hehe

    BalasPadam
  6. Tak makan tempe tapi nampak macam menyelerakan je tu

    BalasPadam
  7. Dah rasa..nak kata pedas takdela sangat..i orang jawa juga, suka makan tempe..hehe..rasa cukup..hheee..

    BalasPadam