Leganya bila Selangor dan Kuala Lumpur dah berstatus PKPB !

by - Mac 02, 2021


Alhamdulillah.. lega sangat ! Kalau tidak , seharian dok termenung ! Hehehhe..  Yelah , aku punya projek ni banyak di Kuala Lumpur. Jika KL tak leh masuk, camana nak ada bisnes ? Bila takda bisnes , camana nak ada duit ! Haaa.. Tu secara umum la. Nak cerita panjang dalam ni , kang korang suruh lukis lak. Hahaha.. Apa pun , aku dah boleh tersenyum kembali. Aku tak nak orang kata aku makan duit bini woi ! 

Walaupun tak boleh rentas negeri dan aktifkan sektor pelancongan , aku rasa kerajaan akan buka nanti. Cuma buat masa sekarang , kita kena berdisiplin ! Jika gagal , kita akan kembali sekali lagi ke dalam rumah dan kali ni.. memang ramai akan muflis ! Serius.. 

Dan aku amat bersetuju jika ketegasan pihak berkuasa diteruskan. Tak perlu kasi muka. Saman.. kasi cerita di mahkamah jer ! Tapi janganlah pada rakyat bawahan jer. Yang atas atas tu, pun kasi sama rata la yer.  

Yang paling utama , dapat gi lawat mak aku. Walaupun aku boleh je rentas daerah sebelum ni tapi aku tak nak. Ikut je la arahan kerajaan. Aku pun tak nak bahayakan omak aku tu ha.. Huhuh.. Cakap nogori dah aku ni ha.. Hahahaha.. 

Alhamdulillah.. pintu dah buka.. rezeki pun dah masuk. Kali ni , kena beringat. Simpan duit.. simpan duit Sekurangnya 6 bulan punya persediaan ! Huhuhu.. Harapnya , tidak ada lagi PKP ! Cukuplah.. cukuplah... 

Kita.. tolong la yer.. ikutlah SOP ! Mereka yang uruskan perniagaan ni, tolonglah bertegas juga. Jangan kejar keuntungan sangat. Kang yang dapat , kerugian yang tidak berbelah bagi ! Nayaaaaaaa..

You May Also Like

5 comments

  1. Harap masing-masing beringatlah jangan ghairah sangat ke sana ke sini ke situ hujungnya berkurung kat rumah semula nanti.

    BalasPadam
  2. Hye sifu ben! dah PKPB ni boleh laa ajak wife keluar dating. hehehe

    BalasPadam
  3. alhamdulillha..nak balik kampung juga

    BalasPadam
  4. Yes! bukan kita nak asyik keluar tapi sometimes ada urusan kerja boleh kita selesaikan.

    BalasPadam