Bila anak nampak hantu di bilik hotel !

by - April 01, 2021


Percutian bermula..walaupun cuti sekolah nak berakhir ! Huhuh.. Kena je la terima. Kena ikut jadual isteri yang berkhidmat untuk negara. Apa nak buat.. punca rezeki juga buat keluarga. Alhamdulillah. Jangan banyak bunyi ! 

Lokasi percutian. Rentas daerah jer. Ke Kuala Lumpur jer. Dekat dengan KLCC. Leh bawak anak anak shopping baju kat sana. Lama tak gi shopping. Huhuh.. Walaupun virus Covid 19 menghantui, nak tak nak.. kena berani. Yang penting, ikut je SOP yang ditetapkan. InshaAllah. 

Check in hotel ! Hotel ni memang pernah aku duduk sebelum ni. Seronok jer kat sini. Senang nak cari makan jugak. Ada kolam renang yang menarik. Gym pun best ! Puashati la bagi aku. Bilik yang wife pilih. memang puashati. 2 bilik dan ada dapur. Kira puashati la kalau nak duduk sekeluarga. Siap ada ruang tamu. Bilik air bersih dan besar. 

Masa  nak masuk ke dapur, Aariz masuk dulu.. Pastu dia lari keluar. Dan cakap kat aku.. "Daddy, ada hantu ! ". Aku pandang dia ! Budak ni biar betul ! Huihhhh.. Tak pernah pernah dia cakap gitu. Aku pun  masuk ke dapur. Dia ikut.

" Kat mana hantu tu ? " tanya aku. Dia tunjuk guna jari hantu dia. Hujung. Sebelah dapur memasak. Aku pun ke sudut tu dan berdiri kat situ. 

" Sini ke  ? " tanya aku. Dia lari keluar sambil jer.. " Aaa... hantuuuu..". Aku geleng kepala jer tengok perangai dia. Pengaruh game banyak sangat ni ! Aku tak percaya kata kata dia. 

Malam tu.. Dia tidur dengan Qhaliff di bilik mereka. Aku temankan memula. Bila dah lena , aku masuk ke bilik utama. Dan tidur ! Huhuh.. Penat dek kerana berjalan kaki ke KLCC. Pergi dan balik ! Jauh woiii ! Hahahaha.. 

Dalam jam 5 pagi , aku terjaga. Terdengar bunyi sesuatu kat ruang tamu. Aku keluar. Nampak Aariz terjaga dan sedang main mainan yang baru dia dapat. Seorang diri ! Aku pandang dia. 

" Dah sun ke daddy ? " Hahaha.. teruja sungguh la dia nak main pistol baru dia dapat tu. Abang dia dok lena lagi. 

" Aariz.. moon lagi la.. " kata aku. Dia ke jendela. Selak langsir. " Aaa la...Moon lagi.." kata dia. Aku ajak sambung tidur. Dia naik ke katil.. lena terus ! Huhuh.. Ngantuk lagi rupanya budak ni. Aku tengok jam di handphone. Dah nak subuh pun. Dia bangun awal sebab sejuk la tu. Biasa dok tidur ngan mak dia. Kali ni sorang sorang. Dan memang sejuk pun. Terus aku naikkan suhu. 

Alhamdulillah.. lena semua. Best sini. Sayangnya pembinaan masih banyak sedang dilakukan. Tak pasti apa yang sedang dibina. Kalau view dulu, mesti cantik. Tapi tak pe la.. Wife pun suka duduk sini dek kernaa hotel ni patuh syariah. Staff pun mesra ! Dari depan pintu masuk hingga ke bilik. InshaAllah.. kembali ke sini lagi. Kena amik 2 hari. Baru syok.. Huhuh..



Hantu yang Aariz nampak tu ? Neh... dia saja je ! Bila aku tanya lagi.. dia tak kata apa dah. Banyak main Roblox tul ! 
 

You May Also Like

0 comments