Hari ke 2 tanpa lampin pakai buang !

by - Selasa, April 13, 2021


Alhamdulillah.. hari ke 2 tanpa diapers atau lampin pakai buang. Usia dah 5 tahun pun ! Kali pertama , masa kat hotel ari tu. Diapers dia dah abis stok ! Dia pun sedar yang stok dia tu dah abis. Nak tak nak , dia kena pakai seluar jer. Takda diapers ! 

Dan menariknya , selepas tu kitorang kena balik rumah dari hotel yang memakan masa hampir 40 minit lamanya ! Dia berjaya lakukan tanpa kencing dalam seluar. Hahahaha.. Nak tak nak , dia kena tahan. Alhamdulillah.. dia berjaya lakukan. 

Takda masalah untuk dia buang air sendiri di tandas sebab sebelum ni pun bila dia masuk tandas, dah diajar buang air di dalam mangkuk tandas. Maka, dengan sendirinya dia dah tau kat mana nak buang air dan apa kena buat selepas tu. 

Masalah tetap ada ! Bila tidur malam.. dia tak nak guna diapers dah ! Katanya dia dah besar ! Hahahaa.. Part ni , memang aku dan wife tak leh nak percaya lagi kat dia sebab dia tidur tak suka nak guna selimut. Sejuk woiii ! Tapi dia tak rasa sejuk pun. Pelik aihh.. nak kata banyak lemak , takda la pulak. Badan keding jer pun. Haish... 

Apa pun.. aku lega sangat dah. Jimat part diapers ni. Kalau tidak, seminggu sekali kena beli ! Jangan risau.. sampai satu tahap , diorang sendiri akan rimas dengan diapers ni. Dan malu bila tengok rakan sebaya dah tak pakai diapers. Hahahaha..

You May Also Like

0 comments