Akhirnya, sekolah Qhaliff ada kes positif Covid 19 !

by - Jumaat, April 23, 2021

Pertanyaan dari seorang ibu murid di Telegram sekolah

" Asssalamualaikum..
Mohon bertanya. 
Benarkah ada 1 kes +ve C19 di kalangan murid sekolah X ?

Jika ya , apakah tindakan  dari sekolah memandangkan sekolah adalah 2 sesi dan mungkin ada kelas digunakan di kedua dua sesi. "

Jawapan dari pihak bertanggungjawab.. yakni Guru Besar

" Bla bla bla bla.. Mohon supaya ibubapa tidak panik. Sebagai langkah berjaga jaga dan proses sanitasi kelas maka pihak pengurusan sekolah mengambil untuk...bla bla bla.... 

Keseluruhan bangunan akan disanitasi pada hari Sabtu..bla bla bla.. "

Alamak... Sabtu ? Kes hari Khamis. Jumaat kena sekolah gak ke ? Bukan ke bila ada kes, sekolah kena tutup sehari dua untuk proses sanitasi ? Ni tunggu hari Sabtu baru nak buat ? Jumaat camana ? Maka, perbincangan dengan wife dibuat... 

Ok..

Qhaliff dan Zahra terpaksa 'dicutikan' pada hari Jumaat. Terpaksa ! Kesihatan perlu diutamakan. Dan paling penting ialah langkah berjaga jaga. Nasib baik kelas yang terlibat dengan kes, tidak berkongsi kelas di sesi petangnya. Allah.. kalau tidak.. aduh ! 


Di Twitter pula , aku nampak banyak Tweet mengenai kes kes Covid 19 di sekolah sekolah seluruh Malaysia. Ada yang ditutup seminggu.. ada yang sehari dua.. begitulah. Aku ke ' Kementerian Pendidikan Malaysia'. Cari maklumat terkini. 

Hampeh ! 

Menteri mana ????? Timbalan Menteri mana ????

You May Also Like

0 comments