Rakyat sudah marah !

by - Selasa, April 27, 2021



Hilang kepercayaan kepada kerajaan serta mana mana agensi penguatkuasaan kerajaan dek kerana tindakan double standard..gitu ! Itulah yang aku nampak yang sedang berlaku di media sosial sekarang ni terutama di kalangan generasi muda. Ditambah lagi dengan viralnya kes kes kompaun dan saman terhadap peniaga dan rakyat yang dikatakan melanggar SOP tetapi bila melibatkan orang orang kenamaan... krik krik bunyinya.. 

Gitulah.. 

Seperti kelmarin.. kes peniaga di Kelantan disaman sehingga RM50K. Aku cuba beri penerangan di Twitter dan juga Facebook mengapa saman dikeluarkan tapi cam sia sia je aku nak pertahankan tindakan agensi kerajaan tu. Ini kerana selagi mana kes kes melibatkan VIP dan selebriti terkenal cam.. hurm... aku pun malas nak cakap la. Korang pun tau la. 

Inilah yang aku nampak.. rakyat semakin marah. Pelbagai hastag dah trending di Twitter amnya.. Nasib baik rakyat Malaysia ni sayangkan negara mereka. Hanya mampu meluahkan rasa ketika PRU nanti. Persoalannya.. bila ? 

Sabarlah kawan.. Kita berdoa pada Allah. Ini semua ujian buat kita. Harapnya selepas ini nanti , kita pilih mereka yang benar benar layak saja untuk pimpin negara kita ini. Moga Malaysia bangkit kembali. Buat masa ini, kita fokus pada memutuskan rantaian Covid 19 yang mana mampu beri ancaman pada mereka yang ketahanan badan yang rendah.. Yer, setiap hari aku baca di Facebook.. ada saja kawan kawan yang sakit teruk. 

Semoga Allah lindungi mereka dan kita juga. Buat mereka yang kurang sihat, semoga cepat sembuh. Buat mereka yang bertugas demi negara, semoga Allah berkati tugas dan amanah anda. Buatlah yang terbaik demi negara... Terima kasih saya ucapkan atas pengorbanan anda. 

You May Also Like

0 comments