Memadai je berbuka dengan adanya Royal Floss Serunding !

by - April 06, 2021

Wife tau , tiap kali kalau dia memasak.. aku tak nak dia letak garam ! Biar takda rasa dari terlebih rasa. Aku kesian kat dia gak sebenarnya. Aku tak nak garam dalam makanan sebab untuk elakkan penyakit tekanan darah tinggi dan tak bagus untuk buah pinggang. Kalau letak sedikit tu, secubit dah memadai. Sebab tu sekarang ni aku memilih kedai untuk makan. Maklumlah, usia pun dah 40an. Walaupun nampak muda, yang belah dalam ni.. kena jaga dah. Tak larat tua tua nanti nak ulang alik hospital. Huhu..

Dan sekarang.. rajin dah aku berpuasa tiap Isnin dan Khamis. Saja nak bersedia untuk Ramadan. Takda la liat sangat nanti. Hahaha.. Dah tua tua pun cam budak budak lagi. Apa nak buat. Makanan sekarang ni sedap sedap belaka. 

Buka puasa semalam..wife pening nak masak apa. Aku kata masak je apa yang ada kat dapur. Akhirnya, dia masak je bihun. Dia bagitau aku dia tak campur garam. Senyum je. Tak pe... Aku ke dapur dan cari Royal Floss Serunding. Aku dah rasa macam macam serunding. Memang semua sedap sedap tapi yang ni , aku suka sebab dia nipis tapi rasa sedap dia tu sampai ke tekak aku ! 






Ada dua jenis dalam simpanan aku. Satu ayam dan satu lagi daging. Serunding ikan pun ada. Tak mahal pun harga dia. Serendah RM15 je pun. Dan menariknya serunding Royal Floss ni dimasak dengan menggunakan kayu api supaya rasanya lebih sedap dan tak kering. Tak sama kalau guna dapur gas tu ha ! Kira cara masak orang lama la.. Boleh tahan hingga 12 bulan !

Bila dah makan dengan Royal Floss Serunding ni.. jangan mimpilah makan sekali jer. Memang akan bertambah tambah la.. Nasib baik bihun goreng je. Hehehe.. Ari tu aku try makan dengan maggie sup. Pergh.. Memang terbaik la ! 


Untuk Ramadan ni, kena la standby sebungkus dua. Bagi yang tak dapat pulang ke kampung tu, jangan bersedih la. Beli sepeket dua dan kirimkan ke orang tua kita. Buat penganti diri. Sementara nak tunggu boleh balik, kan ? Huhuh.. Aku tau.. 

Ok.. camana nak beli ? Korang boleh whatsapp terus ke RFserunding ni atau ke Instagramnya, @RoyalFlossSerunding

 

Oh ya... kalau korang nak jadi agen pun boleh. Whatsapp je tanya diorang. Nanti diorang terangkan. Hee.. Selamat Berpuasa dan selamat menjamu selera ! 







You May Also Like

7 comments

  1. serunding ni nak buatnya macam susah, nak makan tak susah... cepatjer habis. Makan pula dengan nasi panas... perghhh

    BalasPadam
  2. Dah rasa memang sedap Serunding ni.
    Nina makan ngan nasik panas-panas! Hadoi... Tambah nasik tak sudah. Hahaa

    BalasPadam
  3. WOW! Ben pun makan Royal Floss serunding. Alhamdulillah ramai puji sedap. Kalau sesiapa yang nak beli Serunding Royal Floss ni , contact DP k - 011-6225 3899

    BalasPadam
  4. Serunding memang kena standby kat rumah can use for topping in many dishes and taste great.

    BalasPadam