Tawaran Gempak di Bata sempena Aidilfitri menarik minat aku sekeluarga !

by - April 25, 2021

Poster ni viral di media sosial.  Aku cam.. WOW ! Kena gi tengok ni. Asyik membeli secara online je ni. Sesekali kena turun shopping mall. Bukan apa.. kadang kadang. nak beli kasut untuk digunakan harian mestilah nak cari yang bagus , berkualiti dan harganya.. aku mampu bayar la ! Hahaha.. Nak cari yang mahal mahal di zaman Covid 19 ni, aku rasa cam tak berkeupayaan la pulak. Maklumlah, kena bersedia untuk hari mendatang. Kita dah belajar banyak perkara setahun dua ni.. kan kan ? 

Tawaran dari Bata ni memang gempak la ! Hahaha.. Bagi yang pernah ke Bata, mereka tahu yang produk yang ada di premis ni bukan calang calang punya. Dan untuk pengetahuan , Bata ni bukanlah jenama cap ayam yer.. Kalau korang tak tau, boleh Google sendiri dari mana datangnya Bata ni. Haaa ! Duta dia pun bagus.. tak da isu panas untuk marketing murahan ! 

Promosi Bata Cahaya Raya bersama Fattah Amin dan Fazura menawarkan 'Belanja RM125 dapat RM25 Baucer Diskaun ' ! Boleh dapati di semua kedai Bata.


Nak dijadikan cerita , aku sekeluarga semalam.. awal awal pagi dah ke IOI Mall , Putrajaya. Untuk pengetahun , aku tak rentas negeri yer. Hehehe.. IOI Mall ni terletak dalam negeri Selangor walaupun ada sebut Putrajaya. Dan aku jangkakan , sebelum tengahari akan meriah dengan mereka yang nak membuat persediaan berhari raya walaupun tak boleh balik kampung ! Huwaaaaaa ! Cedeh.. nasib boleh shopping ! Tapi shopping raya , tetap kena ada... kan kan ? Hahaha..

Aku tau.. ada yang kata ' Bata jer ?? ' .. Huih , jangan perlekeh wooo ! Bata ni bukan sebarangan punya jenama. Kalau korang masuk ke premis Bata sekarang ni , korang akan terkejut. Kualiti , rekabentuk dan paling penting , harganya yang korang tak percaya sama sekali ! Ingatkan mahal tapi rupa rupanya.. Dan paling penting , ialah kaki kita tu.. Bagi yang mengutamakan keselesaan pada tapak kaki, dicadangkan Bata. 



Banyak pilihan untuk lelaki dan perempuan. Untuk kanak-kanak pun banyak. Dan menariknya, dalam Bata ni bukan saja ada jenama Bata tapi ada juga jenama lain. Terkejut gak aku. Cantik pulak design dia. Dulu masa aku kerja, kasut kerja aku memang aku beli kat Bata jer.  Bagus untuk tahan lasak. Heee.. Pastu boleh je tukar baru setiap kali keluar design baru. Takda la rasa rugi pun. 

Rambang mata jap.. Hahaah.. Nak amik mana untuk raya ni? Memandangkan tak boleh rentas negeri , maka aku nak cari kasut yang boleh jalan jalan untuk jangka masa lama.. Plan nak merayau sana sini di tempat percutian dalam negeri jer.. 

Dalam kepala aku.. nak cari kasut untuk g gym, berjalan jalan. Wife komplen asik pakai sandal biasa je. Masa bercinta dulu, smart bukan main. Dah kawin.. ala ala jer masa keluar bersama. Adeh , setepek kena ! Yelah.. cari yang smart laaa kali ni. 





Ok...berkenan ni ! Ada dua warna menarik perhatian aku. Aku post di media sosial dan bertanyakan pendapat.. ramai syorkan warna coklat sebab yang hitam tu dah biasa guna jer. Lagi pun yang coklat tu, boleh dikenakan dengan pelbagai jenis seluar.. 

Untuk kasut sukan atau riadah..ada banyak pilihan juga. 











Dua pasang.. dah lebih RM125. Aku punya sepasang. Wife punya sepasang.. Kemudian kasut Zahra dan Qhaliff pung dah lebih RM125. Maka aku boleh dapat 2 keping baucar RM25. Maka aku boleh belikan kasut untuk Aariz. Haa, bagus tak perancangan membeli belah aku ? Hehehe.. Kena bijak berbelanja. 

Bijak kan ? Hahaha.. Selesai bab kasut. Boleh bergaya dah di hari raya nanti. Jangan jadikan alasan tak boleh rentas negeri untuk tidak bergaya di hari raya ! Huhu.. 

Untuk ketahui produk terbaru Bata , sila klik SINI  manakala untuk mengetahui lokasi Bata berhampiran anda , sila klik SINI.

You May Also Like

4 comments

  1. Kasut Bata bukan jenama lekeh-lekeh ye. Kualiti Bata pun tip top. Akak peduli apa dengan tanggapan orang. Janji kaki selesa dan poket jimat.

    BalasPadam
  2. Haritu nak belikan bebudak ni kasut frozen tu sekali lampu rosak..ermmsedih..kene cari kedai Bata lain

    BalasPadam
  3. haritu dah jeling2 dah offer kat bata >,<

    BalasPadam
  4. Kasut raya memang belum lagi beli ni, nanti nak cari kat Bata jugaklah. Kalau selipar tu memang takder beli kat tempat lain memang beli kat Bata sebab memang kualiti terbaik punya. Yang penting kita #sapotlokal

    BalasPadam