Siapa yang jadi 'garang' di rumah ? Ibu atau si ayah ?

by - April 12, 2021



Fuh... aku awalnya tak faham. Tapi lepas tonton satu cerita ni di Netflix , baru aku tau. Rupanya masalah ni bukan pada aku je. Memang berlaku pada ibu bapa di luar sana. Aku tak tau la semua atau ada yang lebih bagus caranya berbanding cara ini. 

Maksud aku ialah.. antara ibu dan ayah , salah seorang mesti jadi tegas , garang dan akan dianti oleh anak anak ! Bukanlah diminta tapi automatik. Bukanlah nak tapi dah gitu jadinya. Namun begitu, yang garang itulah biasanya jadi tempat meminta berbanding sorang lagi ! Kan kan ?

Antara aku dan wife.. akulah yang biasanya jadi singa ! Bila part nak marah , si mak akan petik nama aku.  Adoiii laa.. Anak anak memang akan takut la.. Tapi takutnya kejap jer la. Bukan seharian tu diorang akan takut. Terutama bila nampak aku senyum. Memang abis la beronok ronok budak budak tu.

Tapi aku bukanlah jenis suka suka nak garang. Aku lebih suka menjadi 'kawan' pada mereka. Cuma tidaklah sampai naik lemak. Jadi ayah , lain.. jadi kawan lain. Bukan apa.. zaman sekarang ni cukup mencabar. Salah didikan dan asuhan , memang kesian pada mereka. Kelak besar,kita jugak di tuding. 

Mak diorang pulak.. jarang nak naik angin. Kalau naik angin, dengan aku aku sekali kena ! Tu yang aku pelik tu ! Haish...

You May Also Like

1 comments