Bayar zakat secara online jer ! Apa susahnya..

by - April 13, 2021

Ahhh ! Aku malas nak bayar zakat dengan Pusat Zakat ni ! Diorang bukan boleh dipercayai sama sekali pun. Mesti nak bedal duit kita ! Kutipan setiap tahun berpuluh juta tapi nak mintak zakat payah betul ! Menyusahkan. Baik aku bagi sendiri kat orang yang aku rasakan memerlukan zakat aku ni ! Huh !

Pernah baca komen macam ni tak ? Aku baca banyak kali dah. Setiap kali datangnya Ramadan, dan adanya posting posting kutipan zakat ni, komen macam ni mesti ada ! Sebenarnya , banyak lagi komen komen negatif yang ada. Sedih gak bila baca tapi aku faham. Dulu pun aku berfikiran begitu ! Maklumlah, tak diberi pendedahan dan malas mencari infomasi infomasi yang sepatutnya kita patut tahu sebelum menghentam atau berfikiran begitu !

Tu belum lagi mengenai betapa susahnya nak dapatkan bantuan zakat ni ! Haaa ! Macam macam borang nak kena isi ! Macam macam dokumen diorang nak ! Haish.. Mestilah ! Kalau tidak , korang pun tau manusia ni camana kan ? Ambil contoh macam bantuan BRIM satu tika dulu ! Yang datang amik duit tu, berkereta besar besar pun ada ha ! Diorang apa pedulik. Asalkan duit , sanggup je ! Maka sebab inilah perlunya dokumentasi dan siasatan sebelum bantuan disalurkan.. bukan untuk sekali jer bantuan tu diberikan ! Nah... yang kita nampak.. yang kita nak , bantuan tu diberikan sekali tapi tidak pulak pada pihak pengurusan zakat ni ! Mereka akan pastikan asnaf asnaf ni bukan saja diberikan bantuan kewangan tapi pelbagai bantuan lagi ! 

Fuh.. Kalau korang rajin godek page Lembaga Zakat Selangor.. macam macam cerita boleh ada. Kalau nak lagi best , cubalah buat kerjasama dengan mereka. Ikut mereka ke rumah rumah asnaf dan tengok sendiri mereka buat kerja. Baru tau camana ! Aku sendiri dah ikut beberapa kali. Sebak weh ! Sebak !! Macam macam cerita ada haa.. Memang tak tahan hati kalau dengar luahan mereka. Boleh teriak kat situ gak. 

Ni aku amik sedikit cerita terkini yang ada di dalam page LZS tu. Aku tau.. ada yang malas nak godek. Biar aku je kasi kat sini ! Moga bermanfaat.. 




Kisah..

1. Alhamdulillah, hasil sumbangan zakat ANDA telah memberi sinar baru kepada Encik Md Nor sekeluarga. Rumah 3 bilik tidur dan 2 bilik air dengan ruang tamu dan dapur yang luas telah siap dibina dengan sempurna.  

Setiap sen sumbangan zakat anda, amat bermakna buat saudara-saudara kita. Lebih banyak kehidupan asnaf dan golongan berpendapatan rendah dapat dibantu sekiranya anda tunaikan zakat bersama Lembaga Zakat Selangor.  



2. Sedikit perbincangan telah diaturkan bersama Puan Siti Zulkhaidaton Binti Muhamad Sayit sebagai Pengurus Besar Persatuan Nelayan Kawasan Sepang (PNK) dalam gerak kerja menyantuni para nelayan yang terkesan dari segi pendapatan berikutan pendamik covid-19 ketika ini.

Dimaklumkan lagi ada diantara nelayan yang ketika ini sangat terkesan dari segi hasil tangkapan laut yang tidak menentu serta kos-kos lain yang perlu ditanggung oleh nelayan untuk meneruskan kehidupan. Sebagai mana ungkapan dari Pengurus Besar Persatuan Nelayan Kawasan Sepang (PNK) mereka (nelayan) umpama kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. 



3. Bantuan zakat yang diterima, bagaikan talian hayat buat Puan Rubiah Binti Shukor yang tinggal di Kampung Tambak Jawa, Jeram,  Kuala Selangor.  Beliau yang merupakan seorang OKU kategori pendengaran dan bisu telah disahkan menghidap penyakit keradangan sendi yang boleh membawa kepada kecacatan seumur hidup.

Beliau yang sebelum ini bergantung pendapatan daripada hasil mengambil upah menjahit, kini tidak mampu lagi untuk menjahit sepenuh masa akibat penyakit yang di alaminya. Manakala suami beliau hanya menjalankan kerja-kerja kampung. 

Zakat Selangor telah meluluskan bantuan perubatan bulanan berupa ubatan Tofacitinib bagi mengawal penyakit beliau dan menghindari risiko penyakit tersebut untuk kembali aktif. Semoga bantuan yang disalurkan ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh Puan Rubiah.


4. Zakat Selangor menziarahi seorang wanita yang berstatus Ibu Tunggal. Beliau baru sahaja kematian suami disebabkan sakit tua. Sebelum ini segala bantuan zakat diberikan keatas arwah suami sebagai Ketua Keluarga. Zakat Selangor menyerahkan sumbangan Bantuan Pengurusan Jenazah.

Pihak zakat juga akan meneruskan bantuan kepada beliau seperti sebelum ini.



5. En Zanil bin Jamaluddin, 47 yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) kategori lembam yang tinggal bersama seorang abang dan adiknya. Ketiga–tiga mereka merupakan bujang lanjut usia. Beliau tidak mampu bekerja dan hanya mengharapkan sumber pendapatan abang dan adiknya yang bekerja kampung. 

Mereka tinggal di rumah penempatan desa kasih atas nama arwah ibunya. Berdasarkan kepada siasatan dan penelitian, pemohon layak dibanci dan dimasukkan didalam senarai penerima Zakat Selangor. Abang pemohon En Alias bin Jamaluddin dijadikan sebagai ketua keluarga, En Zanil dan adiknya dimasukkan didalam tanggungan abangnya. 

Zakat Selangor mencadangkan bantuan kewangan bulanan atas nama abang pemohon, bantuan perubatan (sekiranya memerlukan) dan bantuan raya. Kami juga menasihatkan pemohon sekeluarga menjaga kebersihan rumah bagi mengelakkan gangguan binatang berbisa.



6. Perjalanan akhirnya menggunakan perkhidmatan van jenazah milik HTAR, Klang dan Masjid Sultan Muhammad Shah Parit 10, Sungai Besar yang disumbangkan oleh pengeluar-pengeluar zakat di negeri Selangor. 

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh jenazah tersebut dan memberikan keberkatan kepada seluruh pengeluar zakat.



7. Pada tahun 2020, sejumlah RM20.8 juta diagihkan untuk asnaf Riqab di Negeri Selangor yang diuruskan olah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Untuk makluman, sehingga kini terdapat 25 buah rumah-rumah pemulihan al-Riqab bagi membantu mereka yang terbelenggu dengan pelbagai cabaran sosial dan ingin kembali ke pangkal jalan.



8. Di tengah-tengah kesenangan masih terselit insan yang masih hidup dalam kesusahan. Pakcik Rohani merupakan seorang warga emas yang hidup sebatang kara dan tinggal bersendirian di rumahnya yang sangat uzur. 

Beliau mendapatkan hasil untuk menyara diri dengan mengutip dan menjual barangan lusuh di sekitar kampung. Akur dengan hidup yang serba kekurangan, beliau juga rajin memanfaatkan laman rumahnya dengan membela ayam serta menanam sayur dan buah untuk dijadikan sumber makanan beliau.

Di usia lanjut ini dan ditambah dengan kesihatan yang semakin merosot, beliau sentiasa mendapat perhatian daripada anak-anak saudaranya yang tinggal di sekitar kampung yang membantu menjaga kebajikan beliau.

Zakat Selangor Daerah Sepang telah menziarahi Pakcik Rohani di Kampung Ulu Teris bagi menyelami situasi dan keadaan semasa beliau. Dalam sesi ziarah tersebut, didapati bumbung rumah beliau sudah begitu usang serta berlubang dan akan mengalami kebocoran ketika hujan. Keadaan ini memaksa Pakcik Rohani membina pondok kecil di belakang rumahnya sebagai tempat tidur dan berteduh ketika waktu hujan.

50% daripada simen render dan struktur asas lantai juga telah mengalami kerosakan dan pecah serta terdapat kesan mendapan yang akan memburukkan lagi keadaan dan berbahaya. Lanjutan daripada itu, kesan retak ketara pada dinding juga sudah kelihatan berikutan pergerakan mendapan rasuk lantai.

Sehubungan itu, Zakat Selangor telah mencadangkan untuk memberi bantuan baik pulih rumah beliau yang sedia ada untuk menjamin keselesaan tempat tinggal dan keselamatan beliau. Kami juga telah menyalurkan bantuan kewangan bulanan.

Semoga dengan bantuan yang disalurkan ini dapat meringankan bebanan yang beliau hadapi. Terima kasih kepada pemberi maklumat dan juga pembayar Zakat Selangor



9. Puan Norsaadah Binti Zainuddin merupakan salah seorang usahawan yang mengikuti Program Pembangungan Usahawan Asnaf yang mana menjalankan perniagaan Nasi Ayam Hainan dari tahun 2017. Beliau telah mendapat bantuan modal perniagaan dari Lembaga Zakat Selangor melalui Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd. (TERAS).

Sepanjang menyertai program tersebut, beliau telah diberikan kursus, latihan, bimbingan dan pemantauan perniagaan. Berkat usaha gigih beliau dalam menjalankan perniagaan, beliau kini telah berjaya dan mampu berdikari.

Beliau kini fokus dalam menjalankan perniagaan yang semakin maju dan mendapat tempat dikalangan pelanggan. Lokasi beliau kini di Denai Alam dengan menu yang lebih pelbagai seperti Nasi Tomato, Nasi Vanggey dan Nasi Ayam Hainan. Perniagaan beliau mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk sekitar, pejabat dan kenalan. 

Bagi merealisasikan lebih ramai lagi asnaf fakir,miskin dan muallaf yang berjaya dan mampu berdikari, marilah merebut peluang untuk mengembangkan perniagaan, kursus, latihan dan bimbingan anjuran Lembaga Zakat Selangor dan Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd. 



10. 6 kursus yang berlangsung selama 2 hari 1 malam melibatkan bidang akademik pembangunan pelajar dari sekolah rendah dan menengah telah berjalan serentak dengan jayanya pada tanggal 3 hingga 4 April, 2021. 

Kursus Cemerlang Peperiksaan (KCP) tersebut dijalankan oleh 6 panel perunding yang melibatkan pelajar di peringkat UPSR, PSRA dan PT3. Kursus telah berjalan di Pusat Latihan Asnaf Zakat Selangor (PLAS) Ulu Yam, Kem Bumi Jati, Shah Alam, Kem Agro Cabin Tanjong karang dan Asiacamp, Semenyih.


Nah.. 10 cerita daripada  beribu ribu cerita yang ada ! Dari zakat yang dibayar korang itulah yang membantu insan insan yang memerlukan ! Aku pernah baca satu kisah.. beberapa tahun lepas.. daripada seorang pembayar zakat , berubah kepada penerima zakat ! 

Hidup kita ni satu kitaran. Kita tak tau bila kita akan di bawah. Kalau bukan kita.. mungkin anak cucu kita ? Saudara mara kita ! Kita tak tau semua ni boleh berlaku pada kita. Jika kita sendiri menidakkan tugas tugas zakat atau pentingnya zakat ini, takkan kita nak sua muka minta bantuan pulak ? Hurm.. 

Kita dah di bulan Ramadan. Manfaatkan sebaiknya. Banyakkan bersedekah. Yang wajib ditunaikan, kita tunaikan. Seperti zakat ni la. Tunaikan zakat fitrah. Zakat pendapatan. Zakat harta. Apa saja zakat yang diwajibkan ke atas kita dan kita dah cukup haul dan nisab. 



Nah... bagi memudahkan lagi buat kita semua... sekarang ni tak perlu nak susah payah pergi ke Pusat Zakat untuk menunaikan zakat. Bayar online jer ! Selesai. Cashless bak kata orang sekarang. Tak payah susah susah dah. Aku tau.. ada yang lebih feel kalau gi pusat zakat ni. Hehehe.. Cam aku la. Dapat tanya macam macam bila di sana. Tapi bagi yang tak berkesempatan atau takut nak keluar rumah dek kerana Covid 19 tu, boleh la gunakan secara online. 

Dan bagi mengalakkan kita membayar secara online. Untuk bayaran zakat secara online , korang boleh klik di SINI jer.





Web : https://www.zakatselangor.com.my/
Alamat : Lembaga Zakat Selangor, 3-01-1, Presint ALAMi, Pusat Perdagangan WorldWide 2, Persiaran Akuatik, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor,
Tel: +603-8314 2222
Fax: +603-8314 2233 / 2244
Talian Zakat Selangor: 1 300 88 4343 
Email : maklumbalasaduan@zakatselangor.com.my

#KONGSIREZEKI

 

You May Also Like

8 comments

  1. bayar online senang. tak payah nak cari parking.

    BalasPadam
  2. Mudah dah nak bayar zakat sekarang. Boleh online je

    BalasPadam
  3. kadang2 orang kita mudah buka mulut tapi telinga dipekakkan bila dengar kebaikan.

    bayar zakat tolong yang memerlukan, saham akhirat kita semua ni

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah LZS dh banyak membantu...dengan pembayaran secara online lebih memudahkan

    BalasPadam
  5. Semuanya online, senang dan mudah

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah. Senang dan mudahkan urusan pembayaran zakat sekarang

    BalasPadam
  7. senang semuanya online..zakat pasti smpai ke mereka yang berhak

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah peluang bersama sama sendiri dengan pihak LZS amat membuka mata.. Semoga dengan adanya option untuk membayar secara online ni akan memudahkan lagi mereka yang meyelesaikan pembayaran zakat.

    BalasPadam