Walaupun aku boleh berbuka puasa dengan mak..

by - April 21, 2021

 Aku call mak aku...

Kelmarin...

Bagitau yang aku plan nak gi berbuka puasa di rumah nanti bersama anak anak. Aku bersyukur yang mak aku dan aku berada dalam satu negeri. Tak jauh pun dari rumah aku. 40km jer. Dia tinggal dengan adik perempuan aku. Huhuhu... 

Tapi perancangan nak gi berbuka bersama dia , adalah satu pelan yang merisaukan juga aku. Kenapa ? Sebab wife aku.. anak anak aku ! Wife gi kerja setiap hari. Dia 'terdedah' dengan risiko kluster. Walaupun dia menjaga SOP dan senantiasa mengamalkan penjarakan sosial.. tapi siapa tahu kan ? Begitu juga dengan anak anak aku yang pergi ke sekolah. Kita pun sedia maklum dalam minggu ni, kes positif di sekolah sekitar Selangor semakin meningkat.  Aku risau ! 

Hurm.. memang kita tawakal jer. Tapi dalam tawakal tu, kena berhati hati apatah lagi kes semakin tinggi buat masa ni ! Huhuh... Serba salah aku dibuatnya. Dia memang tak kisah. Adik aku dan anak anak dia pun dah bagitau rindukan anak anak aku ni ha. Teman sepermainan. Mereka sebaya. Aduh..

Bayangkan aku yang boleh gi ziarah tu pun risau.. ni kan pulak yang nak pulang ke kampung tu.. termasuk wife yang dah merindui sangat mak ayah dia di Kelantan tu. Tapi masing masing risau membawa pulang 'hadiah' dari perantauan ! Allahuakhbar ! Mintak dijauhkan. 

Tak kisah la betul atau tidak , bila dah terkena... nak tepuk dahi pun tiada gunanya lagi !

Latihan merentas...walaupun ada pintu !

You May Also Like

1 comments