Camana nak selesaikan masalah si Qhaliff ni ?

by - Khamis, April 22, 2021


Hurm... camana nak cerita eh ? Hurm... Petang tadi , dalam kereta. Sewaktu nak pergi jemput Zahra di sekolahnya , mak si Qhaliff bertanyakan mengenai duit baki sekolah pada Qhaliff. Setiap sen dia nak tau ke mana pergi ! Sebab dia perasan... setiap kali kasi duit pada Qhaliff , memang takkan ada baki sama sekali ! Aku perasan gak tapi takda la nak soal lebih lebih.. Hurm..

Katanya beli pensil tekan la.. beli pemadam la.. beli gunting la.. tapi masalahnya hari ini ada , esok hilang dah ! Aduh. Mana pergi ?? Setiap kali beli alat tulis , mesti tak lama punya dalam beg dia. Mesti akan hilang ! Haish.. 

Setelah ditanya berkali kali.. dia pun cerita la. Aku tepuk dahi. Geram pun ada ! Rasa cam.. haish.. esok nak kena tanya kawan dia tu depan depan ayah dia. Selalu je bila aku jemput Qhaliff, kawan dia tu dijemput ayahnya. Tapi aku risau lak.. kang ayah budak tu marah anak dia.. kena belasah lak ! 

Setelah berbincang dengan wife.. aku serahkan pada dia untuk amik tindakan. Mula mula , rujuk pada cikgu dia. Jauhkan dia dari kawan dia tu. Kemudian tiada lagi duit poket dibawa ke sekolah. Alatan tulis... bawa cukup cukup untuk dia. Dan dia kena belajar untuk berkata TIDAK ! Dia lembut sangat dan mudah mengalah. Mau gak aku antar dia masuk kelas silat pasni ! Huh.. 

Tapi apa pun.. biar cikgu siasat dulu. Aku risau jika dibiarkan.. nanti boleh melarat. Qhaliff pun ada salahnya gak. Tak nak kata anak aku betul. Dan aku.. kena betul betul amik tahu  hal anak anak. Tak leh nak percaya sangat kata kata mereka bila melibatkan hal luar rumah. 

Hurm.. 

You May Also Like

3 comments

  1. .
    Saya pernah alami benda ni. Anak nombor dua, dia ni lembut sangat. Masa darjah 1 Semendang je duit belanja sekolah tak cukup. Balik dari sekolah je dia kata dia lapar padahal duit belanja dah bagi supaya beli makanan kat kantin.

    Selidik-punya selidik, dia kena pow dek budak kelas dia. Nak kecoh kat sekolah pun tak guna sebab cikgu tak kan 24 jam nak perhati anak saya. Kalaupun cikgu bagi warning pada budak tu, hari ni okey, esok lusa jadi lagi. So saya kena baut plan jangka panjang. Terus saya daftar dia belajar kelas taekwondo.

    Leas setahun lebih dia belajar, baru dia ada keyakinan diri dan saya agak mungkin juga dia dah belasah budak tu kot sebab bila masuk darjah 3, dia dah tak komplen lagi pasal lapar atau tak cukup makan kat sekolah bila saya jemput dia pulang dari sekolah.

    BalasPadam
  2. Sebaiknya memang kena maklumkan pada cikgu.

    BalasPadam
  3. huhu. dulu saya pon mcm qhaliff jugak ^^' dua kali pulak tu. tapi yg sedihnya, sampai sekarang pon saya ada perangai susah nak kata tak. cuma bab duit ni ok dah la

    BalasPadam