Hanya hari Sabtu jer baru boleh main 'game' !

by - Selasa, April 20, 2021


Haaa.... sorang kena jadi 'kambing hitam' ! Baru yang lain takut. Sapa yang jadi 'kambing hitam' tu ? Rasa rasanya ? Kenapa ? Punca ? Hurm... kes tak fokus bila belajar dan buat kerja sekolah. Dalam kepala nak main game jer. Diorang main game sesama diorang jer. Memang tak main ngan orang luar tapi tu la... bila dah mula , payah nak berhenti. 

Nak dijadikan cerita... Qhaliff ari tu buat kerja sekolah. Siap. Tapi aku tak puashati. Aku kasi latihan Matematik. Aku tak nak la dia jadi lemah dengan angka macam aku ni ha. Beza aku dengan mak dia. Aku nak la diorang ikut macam mak dia. Jangan jadi cam aku. Sebab tu aku kena tegas bila melibatkan ilmu ni. 

Bukan tak reti tak fokus. Maka melayangkan handphone ke pintu bilik ! Aariz yang masa tu tengah main dengan kakak dia, melompat terus gi mandi. Sama la ngan Zahra. Sebelum tu, berkali kali aku suruh pergi mandi. Acuh tak acuh memasing. 

Bila dah jadi macam tu... semua kecut perut ! Wife siap pandang aku. Aku faham maksud dia. Takkan nak ada handphone pecah lagi ! Hahahaha.. Hari tu , Sony Xperia beribu ringgit dah jadi pecah. Ni Vivo lak. Tapi aku tau... Vivo ni body dia kuat. Lagi pun aku memang dah letak template glass dan juga casing tahan hentakan. Dan balingan aku pun , aku tuju ke tempat yang takkan boleh kasi pecah punya. Huhuh.. Sekadar lebih pada gertak jer. Dan berjaya ! 

Seminggu tanpa gajet ! Walaupun Aariz cuba mintak.. merayu.. aku kuatkan hati ! Takkan terpedaya dengan muka seposen dia.. 

" Pleaseeee daddyyyyyy... " rayu dia ! 
 
Nooooo ! Noooooo ! Nooooo !  Yang kecik ni satu hal gak. Dia nak membaca jer. Nak pegang pensil tak nak langsung. Aku tau kekuatan dia pada situ. Kalau membaca, dia mudah tangkap dan hafal. Dia mudah tangkap imej. Tu yang aku tak nak. Aku nak dia kenal dan faham serta praktikan. 

Isnin.. Selasa... Sampai Sabtu.. Baru kasi. Aku bagi sehari jer off day ! Kata aku.. aku takkan kacau diorang pada hari tu. Main la puas puas.. tapi sama sama ! Hari lain.. Big No ! Dan mereka akur... Walaupun mereka cuba gunakan Aariz untuk dapatkan handphone untuk seketika.. aku tetap tak kasi. 

Kesannya ? Huhuh.. jauh beza dah memasing ! Fokus dah belajar. Aariz pun dah mula menulis.. Alhamdulillah.. Adakalanya, kita kena 'garang' dan berkorban demi anak anak.. Walaupun aku garang macam tu, dengan aku juga diorang cari bila nak tidur ! 

You May Also Like

3 comments