Berhantu sungguh la Lazada ni!!

by - Khamis, April 29, 2021

Aku suka tengok Lazada berbanding Shopee atau yang sewaktu dengannya. Jangan tanya kenapa ! Aku suka jer. Hahahaha.. Baru aku tau kenapa orang perempuan suka windows shopping ! Memang diorang tak beli tapi bila diorang memerlukan sesuatu.. diorang dah tau mana nak pergi cari.. yang berkualiti, yang murah .. dan yang sedang adakan jualan murah ! Hahaha.. 

Belajar perbandingan harga ! Yer.. di Lazada , aku dah banyak belajar mengenai cari yang beri harga terbaik. Baca review dan berhati hati dengan jualan yang ada Jangan cepat tergoda sangat la ! Hahaha. Adakalanya , di gambar lain.. dah dapat di tangan.. mengecewakan ! Pernah terjadi ! 

Dan baru baru ni, Lazada dah menyelamatkan aku dari kerugian besar ! Tak sangka sama sekali ada jual di Lazada. Apa dia ? Pump tandas aku rosak. Aku ingatkan kena tukar satu set. Sekali bila aku cari spare part.. ada jual di Lazada. Harga pun murah je ! Huhuhuh.. 

Kasut ? Hurm... Dulu memang aku cari kat kedai jer. Pilihan terhad. Tapi di Lazada.. tu dia ! Cakap jeee.. apa design korang nak.. inshaAllah jumpa. Cuma kebanyakkannya ialah dari China dan tidak berjenama. Tapi bagi aku, ok dah la. Nak berjenama bagai di kala Covid 19 ni ?? Hahaha.. bukan boleh bawak gi oversea pun. Takat pakai dalam negeri je pun. Hahahaha.. Asal selesa dan selamat.. ok la , kan.

Nah.. aku baru beli Larrie baru baru ni. Sedap ! Selesa. Harga pon ok la.. RM100+ jer. Bukan apa.. wife asyik komplen jer.. Asal keluar ngan dia nampak selekeh jer. Simple sangat gaya aku. Tapi bila nak gi event atau keluar gi mana mana seorang diri.. smart bukan main ! Hahahah.. Adoi laa.. Tu pasal aku beli gak laa... 

Lepas dah beli.. sekali nampak kasut di bawah ni. Pergh.. smart color dia ! Gabungan merah hitam ni memang seksi ! Huhuh.. Harga pun RM100+. Seller dari China. Kalau beli, kena tunggu seminggu gak la untuk sampai ke tangan. Tu pun kira cepat. Kalau tidak... hahahah.. Sebab tu kena rajin baca review kat situ. 


Kasut atas ni, wife aku setuju la kalau aku nak beli lagi. Kemudian aku nampak beg ni. Pergh.. gempak lak. Aku tunjuk kat wife. Dia tanya aku.. " Nak gi mana dengan beg ni ?" Er... nak gi mana eh ? Gempak tu memang gempak.. tapi kalau takat duduk rumah jaga anak pastu malam gi gym.. beg ni nak bawak gi mana ? Hahahaha.. Betul la gak.. Tapi cun apa beg ni ? Beli simpan.. boleh ? Hahahaha.. 

Maka.. beg ni aku biarkan la dalam Cart di Lazada tu.. bersama ratusan lagi barangan yang menarik minat aku tapi tak dibeli lagi ! Hahahaha.. Boleh ? Perangai tul...


Cun, kan ? Hahaha... Nak beli yang berjenama antarabangsa yang dijual kat Sellection , aku tak mampu lagi. Hahaha.. Walaupun boleh bayar ansur... tapi rasanya tak pelu lagi waktu terdekat ni melainkan bila Covid 19 dah clear... boleh rentas negeri.. masa tu boleh difikirkan semula untuk beli yang berjenama antarabangsa ni. Huhuh.. Kalau aku kerja di pejabat , ok la guna.. Hee.. 

Tak pe la.. aku puas cuci mata macam ni. Hahahaha.. Asalkan takda salesgirl follow aku kat Lazada ni ! Hahahaa..kan kan ? Bebasss gitu.. 

You May Also Like

0 comments