Lubook Makan King Viral lagi ??? Adoilah !

by - Mei 02, 2021

" Bang , nak buka mana nanti ? " tanya wife dan dia tau.. memang tau aku punya jawapan. Walaupun bersepah kedai makan menarik di kawasan Sepang dan yang sewaktu dengannya , aku tetap akan kata..  

"Jom Lubookmakanking.." sengih aku. 

" Ya Allah... tak boring ke,bang ? " tanya dia. 

" Tak... Qhaliff pun dah suka situ kan. Ayam dia sedap. Kalah ayam goreng mamak kesukaan dia tu. " jawab aku. 

Sebenarnya.. wife aku pun suka situ tapi dia tak macam aku. Dia suka nak explore tempat makan menarik. Tapi aku  tak macam tu. Hahahaha.. Aku tak suka risikokan masa dan perut aku. Bagi aku, jika aku dah jumpa tempat makan yang menarik.. selesa dan terjamin kebersihan... situlah tempat aku sehinggalah abang Jamel mampus. Eh, tak tak.. sesekali makan tempat lain juga cuma kat sini.. kalau aku nak makan masakan kampung atau nak dapatkan protein untuk badan aku.. hahaha.. Ayam percik, ayam madu dan ayam goreng berempah dia memang terbaik ahhh ! Hahahah..

Gitulah aku. Kalau layanan bagus dari staff dan boss, tak berkira bab harga, bersih kawasan sekitar, sedap masakannya , tak sakitkan kepala aku dan terjaga.. memang itulah tempat makan kegemaran aku. Tak kira dah orang nak kata apa.. lantak pi la ! 

Ada dua tempat makan kesukaan aku di Sepang ni. Satu yang ni dan satu lagi Nasi Ayam Mafia. Masakan berlainan.. rasa berlainan.. 

Ok.. untuk Ramadan ni..yang tinggal lagi 10 hari.. tempahan masih dibuka selain dari takeaway. Kalau nak best, makan situ. Tapi kalau tak nak, tapau je balik rumah. Datang seawal 5 petang.. cepat cepat bungkus yang menarik di hati.. Huhuh.. Jika nak makan situ, tempah awal awal. Jangan walk in.. Huhu.. Kang menyesal. 





Jom tengok menu atau masakan yang ada.. Maaf ye jika terliur. Korang boleh follow Facebook mereka untuk mengetahui masakan terkini atau apa yang menarik pada hari itu. Kadang kadang ada menu baru atau masakan terbaru yang memang akan menitiskan air liur.. aku ! Hahahaha.. Ok pe ??? Wife tak payah nak susah susah masak. Gi tapau.. makan berjemaah. Harga pun masuk akal jer.. 

Antara kegemaran aku ialah.. ayam percik, ayam masak madu , ayam goreng berempah , kerabu , sambal tempoyak, ikan keli.. sotong bakar.. sup urat keting.. eh.. banyak laaa ! Macam macam ada ha.























Kalau korang tak ramai, syok makan kat situ. Surau disediakan. Parking pun ada.  Tandas bersih. Tapi kalau korang ramai dengan anak anak, baik makan di rumah. Melainkan anak anak boleh dikawal.. Hee.. Alhamdulillah , anak anak aku dah besar dan boleh je kawal cuma aku je nak makan lebih puas.. Tapau makan kat rumah. Hahaha... Kalau makan kat kedai, control hensem aku. Hahahaha.. 

Ok, ok.. kalau nak booking atau nak ke sini.. korang boleh mesej mereka di page Lubook Makan King Viral ni yer.. 

Alamat : Jenderam Hilir, Dengkil.
No tel :  017-286 1447
Bayaran : Tunai dan visa diterima

You May Also Like

0 comments