Anda seorang peniaga kecil kecilan atau PKS yang masih tercari cara nak majukan perniagaan ? Jom sertai ZERO KOS MARKETING sekarang !

by - Jumaat, Mei 07, 2021

Baru baru ni aku ke pelancaran Virtual Online Zero Kos Marketing ' Mak Limah Raya Sakan' di Kuala Lumpur. Aku berminat nak ke sana sebab nak tau isi kandungan program yang dilancarkan oleh RICHWORKS  International ni. Sapa tak kenal RICHWORKS kan ? Haa.. Apa tah lagi pengasasnya yang dah cukup mengharumkan namanya di kalangan peniaga peniaga yang bergelar jutawan. 

Ok.. fokus mereka kali ini adalah untuk membantu dan menyelesaikan masalah masalah yang dihadapi oleh ramai usahawan dan juga PKS ( Perusahaan Kecil dan Sederhana ) dari segi pemasaran dan sebagainya. Kita tau Covid 19 ni memang banyak memberi impak pada para peniaga. Bagaimana nak keluar dari masalah ini ? Inilah fokus utama mereka. 

Ketika di pelancaran tu , aku difahamkan ramai usahawan telah pun berjaya keluar dari kemelut masalah mereka seterusnya berjaya memasarkan produk seterusnya bergelar jutawan muda ! Tu diaa ! Antaranya yang sempat aku berbual , usahawan produk makanan tradisional. Sebelum bergelar usahawan produk makanan , mereka punya bisnes dan pekerjaan lain. Dek kerana Covid 19 ni, bisnes merundum. Terus dengan pantas mereka ubah perancangan. ZERO KOS MARKETING telah berjaya membantu mereka ! Haaa.. bukan sorang dua tau ! Ramai dah. Teruja jap aku dengar cerita mereka. Antaranya ialah Grannies, Shimah Boutique , Bajanas dan Dalilah.

Disebabkan itulah, RICHWORKS ambil pendekatan untuk membantu lebih ramai usahawan uasahawan kecil  dengan program  secara virtual ini yang dipanggil  Zero Kos Marketing - Edisi Khas Bina Bisnes Berjaya.


Kenapa 'Mak Limah Raya Sakan' ? Heee.. mudah jer. Mak Limah ni , suri rumah. Sebelum ni dia bekerja. Pastu berhenti kerja. Sumber pendapatan pun takda. Kemudian dia sertai kawan dia. Jual produk kecil kecilan. Tanpa ilmu. Untung skit je la. Bila dia belajar Zero Kos Marketing, dia mula naik seterusnya berjaya. Dah berjaya.. apa lagi la kan !! Time raya... bersakan la dia. Gitulahhhh...

Kalau komitmen dan disiplin tu ada.. tak mustahil , kan ?





Puan Suraya Abdul Halim - Grannies 
Bekas banker. Beliau nekad berhenti kerja dan berniaga nasi dagang kerana tak nak kerja sampai pencen. Dari Nasi Dagang Mok Yah , dibrandingkan jadi 'Grannies'. Resepi turun temurun. Bermula dari rumah dan dibantu oleh suaminya saja. Kini dah punya 11 orang dalam teamnya. Alhamdulillah, kini income sudah berganda dan paling membanggakan , kini dia mampu berikan 4 angka kepada ibu bapanya setiap bulan ! 

Program Zero Kos Marketing - Edisi Khas Bina Bisnes Berjaya ini memfokuskan pada cara marketing yang mana merupakan salah satu aspek terpenting bagi sesebuah bisnes bukan saja dapat terus bertahan  malah berkembang ke satu tahap yang lebih tinggi dengan ilmu pemasaran yang tepat. 

Program percuma ini bakal berlangsung pada 28 hingga 30 Mei 2021. Diulangi.. secara virtual yer ! Percuma ! Mereka berharap melalui panduan ilmu pemasaran tanpa kos itu nanti dapat membantu dan digunakan sepenuhnya oleh usahawan kita nanti. Dalam program tu nanti , akan dikongsikan panduan dan tips penting dalam memasarkan produk produk mereka. Untuk pengetahuan rakan pembaca , seramai 400 ribu telah dilatih secara virtual sejak bermulanya pandemik Covid 19 ni.  

Dalam pada masa yang sama , mereka telah mengumumkan pemenang pertama Peraduan Asiprasi Bina Bisnes Berjaya Capai 1 Juta Pertama. Pemenangnya adalah Puan Erdayu Rosli yang merupakan ejen Chochodaps. Beliau bakal menerima tajaan pementoran Spire selama 12 bulan bernilai RM25 ribu secara percuma.  Dalam pementoran tu nanti, Puan Erdayu akan dibimbing dalam empat teras utama iaitu jualan , pemasaran dan kepimpinan yang mana ianya merupakan pematuhan dan operasi yang perlu dalam membina sebuah bisnes berjaya agar mampu mencapai jualan RM1 juta pertama dalam tempoh 6 bulan ke 1 tahun. 

Jika anda berminat dan nak mengetahui lebih lanjut mengenai program Zero Kos Marketing dan Peraduan Aspirasi ini , boleh layari ; www.BinaBisnesBerjaya.com 



You May Also Like

7 comments

  1. Bagus sangat join program macam ni. Nak juga join rasanyaa

    BalasPadam
  2. Bgs program mcm ni. Boleh bantu usahawan kecik cara nak majukan bisness

    BalasPadam
  3. Teringin nak join. Tapi belum berkesempatan lagi. Moga ada peluang satu hari nanti. Amin

    BalasPadam
  4. bagus yer konsep zero marketing. huda pun nak join lah

    BalasPadam
  5. Ramai kawan pun recommend class, sangat membantu untuk IKS.

    BalasPadam