ANUGERAH GURU INSPIRASI McDONALD'S 2021 #1 - Kisah Inspirasi Cikgu Irfan

by - Khamis, Mei 06, 2021

Untuk pengetahuan rakan pembaca blog Ben Ashaari ini , Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021  ini adalah bertujuan untuk mencari seterusnya  menghargai  ‘Cikgu Luar Biasa’ yang telah menjalankan tanggungjawab mereka melebihi tugas-tugas hakiki, demi mendidik anak bangsa. Mereka juga adalah guru yang tidak pernah berputus asa memberi yang terbaik untuk pelajar-pelajar mereka.  Maka selayaknya diberi penghargaan dan seterusnya akan memberi semangat serta inspirasi buat guru guru lain untuk terus berbakti kepada masyarakat dan juga negara. Anda boleh baca kisah mengenai  'Cikgu Luar Biasa ' di Anugerah Guru Luar Biasa ini.

Beribu ribu kisah menarik dihantar. Aku berpeluang menemubual sendiri beberapa orang guru. Memang WOW bagi aku. Bukan mudah untuk jadi GURU sebenarnya. Merekalah lilin yang menerangi anak anak kita. Terbaik ! 


Ok.. jom baca kisah pertama yang berjaya menarik perhatian aku ni. Haaaa ! Cikgu ni sedang mengajar SK Pos Musoh Landing Zone, Tapah , Perak. Cikgu Mohammad Irfan Mustaqim Bin Ariffin , berusia 29 tahun ini  adalah anak jati Batu Gajah, Perak. Berpeluang menabur bakti di bumi kelahiran sendiri selepas berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda di IPG Kampus Ilmu Khas , Kuala Lumpur pada tahun 2017.  Subjek major Cikgu Irfan ialah Pendidikan  Seni Visual. 

SK Pos Musoh Landing Zone, Tapah ni berada di pendalaman. Mengajar di sekolah yang punyai masalah dengan elektrik dan komunikasi sedikit bukanlah mudah tapi tidak bagi Cikgu Irfan. Baginya, itulah cabaran ! Alhamdulillah.. sudah 4 tahun dia mengajar di situ. 

Bila ditanya mengenai masalah atau kekangan yang pernah dihadapi beliau , katanya masalah jarak ke bandar , tiada capaian internet tiada, ancaman binatang buas, jalan raya yang tidak sempurna, ketiadaan bekalan air dan elektrik serta dengan penduduk sendiri terutama murid murid yang jarang keluar dari kampung mereka kerana malu. Jadi ini adalah cabaran buat Cikgu Irfan  serta guru lain yang mengajar di sekolah yang sama. Untuk pengetahuan rakan pembaca, sekolah SK Pos Musoh Landing Zone ini terdiri dari 50 orang pelajar dan mereka terdiri dari Orang Asli di kawasan tersebut. 

Namun itu semua bukanlah penghalang buat Cikgu Irfan menabur bakti. Pelbagai kejayaan dikecapinya. Antaranya ialah menyertai Pameran Seni di Universitas Indonesia , menjadi Guru Pembimbing di Kanggaroo Math Drawing Contest pada tahun 2020. Itu di peringkat antarabangsa. Manakala peringkat kebangsaan pula, beliau menjadi jurulatih bola baling MSSM dan berjaya membawa pasukannya menjadi naib juara kebangsaan. Di tahun 2020 ,beliau menjadi  peserta dan guru pembimbing untuk Pertandingan Doodle Warisan 'Merdeka @Muzium Nelayan'  dan mendapat tempat ke 4. 

Beberapa lagi pertandingan di peringkat negeri dan sekolah turut disertai beliau dan berjaya menjadi johan dan naib johan negeri. Satu pencapaian yang mengagumkan bagi aku. Bukan mudah seorang guru yang mana disamping tugas hakiki di sekolah , beliau juga aktif untuk peringat negeri dan juga negara.












Beliau bersyukur kerana berjaya mencungkil bakat bakat baru dalam bidang seni dan juga sukan sehingga anak anak Orang Asli ini mampu bersaing di peringkat kebangsaan. Ditanya pula mengenai bagaimana pembelajaran ketika Covid 19 , beliau telah membuat modul untuk murid belajar di rumah mereka agar mereka tidak ketinggalan. Ketika PKP , beliau dan guru guru lain bersama sama menghantar modul yang mereka buat sendiri ke rumah murid murid mereka. 

Cikgu Irfan juga berharap , anak anak didik ini terutama murid orang asli diberi lebih peluang untuk menonjolkan diri kerana mereka mempunyai bakat yang luar biasa. " Kalau kita tanam padi, lalang yang tumbuh.. tapi kalau kita tanam lalang , padi takkan tumbuh. Jika kita membuat kebaikan , pasti akan ada jua kesilapan. Jika kita buat keburukan , pasti tidak akan ada kebaikan di dalamnya. " 

Satu penutup yang membuatkan aku terfikir akan kebenaranya. Ya.. memang benar sama sekali ! Sesungguhnya, semua orang mampu menjadi guru. Tapi belum tentu semua orang mampu mendidik , mengajar dengan baik.. dengan ikhlas.. dengan penuh tanggungjawab ! Bukan mudah.. tapi itulah kelebihan mereka yang bergelar GURU ! 

Semoga berjaya Cikgu Irfan ! 




You May Also Like

10 comments

  1. Terbaiklah cikgu semoga jadi cth kpd guuru² lain

    BalasPadam
  2. Terbaik Cikgu Irfan, semoga terus berbakti

    BalasPadam
  3. Besar pengorbanan seorang guru. Moga Cikgu Irfan terus kuat untuk mendidik generasi baru. Ya Allah, tak terbayang luasnya ladang pahala seorang yang bernama guru

    BalasPadam
  4. Terbaik cikgu irfan.. Nak didik anak murid sangup harungi apa sahaj

    BalasPadam
  5. Hebat cikgu Irfan ni... Berjiwa besar! Kagum walau ada rintangan beliau gigih dan kekal bersemangat

    BalasPadam
  6. Selagi ilmu yang dikongsi diamalkan oleh anak didiknya, InshaAllah selagi itu mengalir ganjaran untuk seorang guru.

    BalasPadam
  7. Terbaik cikgu, didikan modal insan utk anak-anak orang asal juga penting sama spt anak-anak bangsa lain diluar sana. Dengan guidance atau tunjuk ajar yg teliti, keseimbangan itu nyata dapat dicapai. Meluangkan masa bersama mereka diluar sekolah itu nyata adalah usaha cikgu sendiri. Ini boleh dijadikan cth kpd warga guru yg lain diluar sana. Teruskan usaha murni ini wahai cikgu.

    BalasPadam
  8. Betul... Cikgu sangat2 berbakti kepada kita semua.. Selain daripada ibu bapa cikgu penting dalam hidup kita.. Jadi hargailah cikgu anda.. Tahniah cikgu Irfan

    BalasPadam
  9. Menarik kisah Cikgu Irfan,
    Mengajar dipedalaman dgn pelbagai kisah ranjau duri tapi byk achievement dia perolehi dlm masa yg sama kan. Terbaik

    BalasPadam