Kenapa mereka boleh tapi tidak kita ?
Khabarnya , bebeapa buah negeri bakal kembali ' berkurung' dek kerana peningkatan kes Covid 19 dan kali ni dikatakan lebih berbahaya berbanding sebelumnya. Kes kematian pun makin meninggi setiap hari. Ditambah lagi dengan keadaan di India yang memaksa kerajaan terpaksa kembali menguatkuasakan PKP yang lebih menyeluruh ke negeri negeri yang meruncing kesnya.
Rakyat akur ajer.. Nak tak nak akur jer.. Aku dah jangka pun akan kembali berPKP selagi dunia belum berjaya temui ubat atau vaksin yang benar benar mampu menyekat penularan Covid 19 ni. Tapi yang jadi masalah di Malaysia ni ialah.. bila rakyat akur, ada pihak pihak yang punya kelebihan... buat hal pulak ! Bila dah buat hal , diletakkan pulak kat media sosial ! Kau dah kenapa ? Tau tak ada yang dah setahun lebih tak jumpa mak ayah.. dek kerana larangan merentas negeri oleh kerajaan atau ada yang jadi frontliners.. kau pulak... haish ! Nasib 10 hari terakhir di bulan Ramadan .. Kena jaga hati dan lidah.
Terbaru... viral di Twitter. Adoilah. Geleng kepala aku. Hari tu masa beranak , dah jadi satu isu. Aku pun tak tau apa apa tindakan. Senyap bagai. Kalau rakyat marhaen cam aku ni.. sah sah semua orang tau apa jadi kan ? Untuk mereka yang bertaraf kayangan langit ke 7 ni, nak cerita lebih pun tak tau la.. senyap gitu jer. Krik krik..
Dan tadi.. aku terbaca la di Twitter.. kes di India. Mereka cukup marah pada selebriti selebriti pujaan mereka yang lepas tangan tidak membantu rakyat yang dalam kesusahan. Ada selebriti yang bagus.. ada yang .. hurm... Katanya , sudah sudah la idolakan mereka ni. Tak perlu nak puja macam tuhan atau sebagainya. Cukuplah dengan minat dengan filem mereka. Tak perlu lebih. Di Malaysia ni , ada yang begitu. Tahap mengidolakan tu sampai jangan hentam artis kesayangan aku ni yer.. Gitulah..
Macam kes selebriti tanah air sorang ni...hurm.. Korang baca la sendiri luahan kawan tu.. Sian lak aku. Ni antara isu isu yang sedang rakyat alami. Yer, tau kita dalam keadaan pandemik. Tapi biarlah sama rata. Jangan tang rakyat , tak boleh.. Tapi 'korang' sedap sedap je gi sana sini.. Pastu gi post kat media sosial. Akal kat mana ????? Lutut ? Tak merujuk pada gambar yer.. Umum.
Aku tak nafikan.. bila PRU nanti.. sejarah bakal berulang. Kalau letak tepung pelita sebagai calon YB pun, aku rasa tepung pelita tu boleh menang.. Lawan dia lak menteri menteri yang sedia ada ni. Siap la kome ! Huhuh..
10 hari terakhir di bulan Ramadan.. ayuh kita banyakkan berdoa....Hanya kepada Allah saja kita berserah.
0 comments