ANUGERAH GURU INSPIRASI MCDONALD'S 2021 #3 - Kisah Inspirasi Cikgu Saiful Amri

by - Jumaat, Mei 21, 2021

Guru,  adalah pencetus semangat buat kita sejak dulu lagi ! Mereka adalah insan insan yang senantiasa menjadi contoh terbaik dari segala sudut. Baik dari segi ilmiah hinggalah aktiviti harian dalam kehidupan. Sebab itulah Guru  ialah insan yang amatlah dihormati. Tak kira bangsa, negara mahupun agama 

“Sesungguhnya ibu bapa adalah sebab kewujudan seorang anak di muka bumi ini, namun kehidupan ini akan binasa. Sedangkan guru sebab kepada kejayaan abadi seseorang di akhirat yang kekal selamanya. (al-Ghazali, Ihya Ulum al-Din)
Dicalonkan sebagai Guru Inspirasi McDonald's oleh bekas anak muridnya sendiri dek kerana mengagumi dedikasi serta semangat dengan tugasnya , Cikgu Saiful Amri bin Sailan adalah antara salah seorang calon pilihan  untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021 ini. Menurut anak muridnya ini..

" Beliau banyak memberi inspirasi dan motivasi kepada saya. Malah, sehingga kini, walaupun telah tamat alam persekolahan, beliau masih senang untuk dihubungi dan sering menjadi tempat saya merujuk jika ada sebarang masalah. Istimewanya, saya adalah pelajar Pendidikan khas, dan cikgu Saiful yang mengambil jurusan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan semasa di Universiti dulu, tidak kekok untuk meletakkan dirinya dengan kami. Sekejap sahaja masa yang diambil untuk menguasai Bahasa isyarat. Memang amat mengkagumkan. Beliau selalu berterima kasih kepada murid murid walaupun hakikatnya, usaha beliau sendiri untuk menguasai Bahasa isyarat. "

Bila aku baca kisah Cikgu Saiful atau coretannya di media sosial , maka aku tak hairanlah mengapa beliau begitu dikagumi oleh anak anak muridnya. Dengan pencapaian yang dikecapinya dan juga kelebihan yang dimiliki sangat membuatkan aku yang pernah bergelar juga guru sandaran satu ketika dulu.. memberikan tabik hormat buatnya ! Bukan mudah untuk bikin anak murid mengingati pada gurunya walaupun murid itu sendiri sudah berada di satu tahap yang tinggi !

En. Saiful Amri Bin Sailan , sebelum menjadi guru tetap..beliau adalah seorang guru ganti dan juga guru sandaran selama 7 tahun. Dek kerana jatuh cinta dengan profesion perguruan , beliau mencari jalan untuk menjadi guru tetap ! Bukan mudah untuk menjadi guru tetap ! Tetapi beliau berjaya lakukannya. 

Beliau melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Dan dalam pada yang sama , beliau masih mengajar sebagai guru ganti. 4 tahun kemudian , beliau berjaya mendapatkan  gelaran GURU secara rasmi ! Pelbagai perit dan getir dilaluinya. Namun beliau bersyukur berjaya tamatkan segala kepayahan dan mula mengecapi kenikmatan dan keseronokan mengajar dan mendidik anak murid. 

Baru berusia 38 tahun , guru kelahiran Selangor ini mengajar di SK Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam dalam mata pelajaran Matematik dan PJPK. Mampu bertutur dalam bahasa isyarat antara kelebihan beliau. Pengorbanan beliau mendapat pengiktirafan dari pihak sekolah beberapa kali dan juga telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2019. 

Siapa sangka kan ? Bermula dari bawah... akhirnya menjadi guru cemerlang ! Penuh pengalaman di dada. Alhamdulillah ! Terbaik cikgu Saiful ! 


Berikut adalah beberapa pengalaman beliau sebagai guru samada di sekolah atau luar sekolah : 
  1. Jurulatih Olahraga Kebangsaan Negeri Selangor Pendidikan Khas 2016-2019
  2. Jurulatih Tarian persembahan peringkat Antarabangsa
  3. Persidangan Antarabangsa Pendidikan Khas (Special Education International Conference 2019) dan MABIMM ( Majlis Bahasa Brunei- Indonesi- Malaysia)
  4. Juri Karnival kokurikulum dan Kesenian Pendidikan Khas 2018.
  5. Jurubahasa Isyarat utk Siaran TV Pendidikan dan TV Okey sejak PKP 2020
  6. Penyampai DidikTV utk subjek PJPK Pendidikan Khas Menengah Atas
Anugerah : 
  1. Anugerah Khidmat Bakti 2017
  2. Anugerah Setia Budi 2018
  3. Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019




Pandemik yang berlaku di dunia ketika ini tidak menghalang beliau untuk terus mencurahkan ilmu. Pelbagai medium digunakan untuk terus berhubung dengan anak anak muridnya. Segala soalan diajukan oleh anak anak muridnya, beliau menjawab dengan penuh keiklasan hati. 

Antara pengalaman suka dan duka bersama anak anak Pendidikan Khas ini adalah menjadi jurulatih pasukan olahraga Sekolah, kemudian diberi peluang menjadi jurulatih peringkat negeri dan seterusnya peringkat kebangsaan. Mengenal dan memahami sikap atlit pendidikan khas menjadikan beliau lebih kuat untuk terus berjuang. 

Beliau juga pernah menjadi jurulatih pasukan Boling Sekolah. Menurutnya,  duit poket bukan lagi satu ukuran. Latihan yang memerlukan kos dan tenaga yang banyak dan hampir setiap hari telah melenyapkan rasa penat dan letih apabila pasukan didikannya berjaya meraih kejayaan. 

Ditanya mengenai pengalaman sewaktu menjadi warden asrama ,beliau pernah berjaga sehingga jam 4 pagi kerana membawa murid ke klinik disebabkan demam panas dan perlu berada di sekolah semula adalah antara  cabaran yang pernah dilalui. Namun sebagai seorang warden, itulah antara amanah yang perlu dilaksanakan. 

Pengalaman menjadi jurulatih dalam persembahan tarian samada di peringkat sekolah, pertandingan luar, persembahan jemputan antarabangsa dan banyak lagi juga adalah antara pengalaman yang amat berharga.

Harapan saya kpd anak anak murid pendidikan khas ini, moga mereka dapat meneruskan survival atau kelangsungan hidup apabila tamat sekolah nanti. Mampu untuk hidup dan bergaul dgn komuniti dan masyarakat seterusnya memberi sumbangan bermakna dalam kehidupan mereka nanti. "

Begitulah semangat seorang guru. Moga Cikgu Saiful terus cemerlang dan paling penting , teruskan sikap merendah diri dalam mendidik anak anak bangsa ! Semoga berjaya , cikgu ! Dan... SELAMAT HARI GURU ! 

You May Also Like

11 comments

  1. Semoga Allah terus memberkati segala ilmu yg disampaikan oleh semua cikgu-cikgu kita.

    BalasPadam
  2. Berat tanggungjawab seorang cikgu...

    BalasPadam
  3. terbaik! moga cikgu terus cemerlang dlm mendidik anak2 murid

    BalasPadam
  4. Terbaik Cikgu.. semoga terus cemerlang✌🏻✌🏻

    BalasPadam
  5. Bagus usaha McD ni. Penghargaan buat guru yang ramai tidak tahu. Semoga menjadi contoh buat guru yang lain.

    BalasPadam
  6. Wah aktif cikgu ni, jd coach boling sekolah. Dah la juju peminat boling tau ben. Congrates cikgu!

    BalasPadam