ANUGERAH GURU INSPIRASI MCDONALD'S 2021 #2 - Kisah Inspirasi Cikgu Nizam

by - Rabu, Mei 12, 2021

Berasal dari Tanjung Bungah , Pulau Pinang. Cikgu Nizam Bin Salahudin , berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Long Jekitan , daerah Baram di Sarawak adalah antara calon Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021. Cikgu Nizam  yang mendapat jolokan Aristotle , berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris ( Teaching English As A Second Language ) dari Universiti Malaya telah menabur bakti di Bumi Kenyalang sejak 2012 hingga kini. 

Cikgu Nizam mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Sains. Sekolahnya yang terletak di kawasan pendalaman yang mana pelajarnya  majoriti berbangsa Penan. Bukan mudah baginya namun dek kerana pengalaman luas dalam bidang metadologi pengajaran dan pembelajaran , Cikgu Nizam berjaya laksanakan tugas beliau dengan kreatif dan efektif ! 








Menggunakan lagu lagu Bahasa Inggeris untuk menarik minat dan perhatian adalah antara cara yang beliau gunakan supaya anak anak muidnya mencintai Bahasa Inggeris. Manakala dalam mata pelajaran Sains pula. beliau menitikberatkan penggunaan peta minda bersama pensil warna agar mereka mudah mengingati. Kesannya , setiap tahun peratusan kelulusan bagi kedua mata pelajaran tersebut meningkat.

Bagi memastikan anak anak murid beliau cemerlang ketika di sekolah , Cikgu Nizam amat menitikberatkan disiplin dan pada masa sama , mereka seronok belajar di sekolah. Pada musim cuti sekolah, beliau sering mengadakan kelas tambahan dan menghabiskan masa dengan menceriakan kelasnya dengan pelbagai nota ringkas dan juga bahan bacaan yang berwarna warni. Segalanya, menggunakan wang sakunya sendiri. 

Pada tahun 2018 , beliau menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang atas semangat dan dedikasi yang ditunjukkanya. Satu pencapaian yang membanggakan. Selain mengajar , beliau aktif dalam pelbagai lagi aktiviti di luar sekolah. Berikut adalah beberapa pencapaian luar biasanya : 
  • Aktif dalam bidang penulisan puisi , cerpen , rencana , resensi buku dan lirik lagu. Karya karya beliau pernah mendapat perhatian dan dikongsi oleh Pustaka Negeri Sarawak.
  • Menjadi Panel Hakim bagi Pertandingan Mengarang Sajak Sekolah Rendah Karnival Kokurikulum Secara Dalam Talian Bagi Peringkat Negeri Sarawak
  • Menyertai Resensi Buku Peringkat ASEAN 
  • Menyertai Pembacaan Pusi Peringkat Dunia Covid 19 yang dianjurkan oleh Penyair Malaysia
  • Memenangi Hadiah Penghargaan Sayembara Menulis Puisi Islam ASEAN sempena Mahrajan Persuratan Dan Kesenian Islam ASEAN 2020 
  • Mendapat Saguhati Cerpen Seram 2020 Peringkat Negeri Sarawak Kategori Umum 
  • Berjaya tersenarai dalam The Malaysia Book of Records sebagai penerima " Most Numbers of Online Learning Certificate Obtained During MCO" 


Hurm... bukan mudah nak mengarang cerita mengenai Cikgu Nizam ni. Boleh dibuat novel ikutkan. Huhu.. Terlalu banyak cerita dan pengalaman beliau yang menarik dikongsikan pada aku. Kebolehan beliau dalam bidang penulisan  merupakan sesuatu yang wajar diketengahkan.  Bukan sahaja dalam penulisan buku dan novel, beliau juga banyak terlibat dalam penulisan karya kreatif termasuklah puisi dan lagu. Dan sememangnya pengalaman dia sebagai Guru wajar dibukukan dan aku harap ianya menjadi realiti satu hari nanti. 

Semoga berjaya  dan Selamat Hari Guru  , Cikgu Nizam ! 

You May Also Like

1 comments