Guna 'double face mask' jika berada di tempat sesak !

by - Isnin, Mei 24, 2021

Nak keluar gi kedai beli barang dapur. Gulp ! Takut weh. Takut apa ? Sesungguhnya masih ramai yang terleka dan terlalai bab SOP ni. Contohnya cam pekedai yang turunkan face masknya ke dagu. Memang boleh tepuk dahi la kan ? Kalau kes satu digit macam tu , tak pe. Sekarang dah berdigit digit ! Kes kematian hari hari dan dah cecah 2 digit ! Takkan nak tunggu 3 atau 4 digit ? Aduh.

Saranan terbaru dari KKM , jika berada di tempat sesak atau ramai orang.. guna 'double face mask' . Tingkatkan perlindungan diri kita sendiri. Ingat, yang terkorban ni bukanlah anak anak kecil tapi orang dewasa. Buat masa ni ! Jika virus ni bermutasi dan tidak diputuskan.. tak mustahil anak anak bakal hadapi masalah ni juga. Apakah ketika tu baru kita sibuk nak bersungguh putuskan rantaian ? 

Aku pakai.. Walaupun terasa sesak nafas , tapi sekejap je. Aku nak berada dalam kedai untuk tempoh 5 minit. Pilih dan keluar , secepat mungkin. Dan pastikan kedai tak ramai orang. Kena pilih masa juga untuk pergi. 

Dan nak pakai 'double face mask' pun ada caranya juga. Macam aku pakai di bawah ni, ada kawan tegur yang cara aku pakai tu salah. Tapi ok la.. ada face shield !  Dan aku baru order N95 di Lazada. Kenapa? Kena fikir gak pencemaran di bumi kita ni. Sekarang ni boleh nampak bersepah face mask di jalan raya. Haih..







Samada nak gelak.. atau nak perli , tu hak korang. Hak aku.. buat masa ni , aku terpaksa jauhi dari orang orang walaupun dia kelihatan sihat ! Maaf. Kita kena bantu kerajaan untuk putuskan rantaian Covid 19 atau penduduk Malaysia semakin berkurangan. Pilih mana satu... 

Semoga Allah lindungi kita semua. Stay safe ! Stay home...



You May Also Like

1 comments