Semalam, harijadi Zahra ke 7.

by - Ahad, Mei 09, 2021

Tiada majlis. Tiada jemputan. Seperti biasa, aku ajar anak anak.. utamakan keluarga tersayang. Ikatan kekeluargaan perlu kuat. Bukan apa.. bila ada orang luar, nanti ketepi lak adik beradik. Biarlah simple.. santai tapi antara kami. 

Aku tanya Zahra dia nak makan apa.. Aku tunaikan. Selepas makan makan tu, aku buka set mainan yang aku beli di kedai buku. Ada dam ular , Old Maid dan Donkeys. Aku ajar diorang main. Dan diorang gembira. Walaupun ada deraian air mata dek kerana kalah, itu biasa la. Sapa nak kalah kan ? Nak tak nak.. kena belajar terima kekalahan. 

Alhamdulillah.. 7 tahun dah usia dia. Macam macam pengalaman aku lalui untuk membesarkan dia. Zahra dua kali masuk wad. Nasib baik ada cover insuran. Kalau tak jenuh gak la nak membayar. Sekali. sebab dahi dia luka dek kerana terjatuh. Satu lagi , kerana jangkitan kuman dalam paru paru. Allah, terkejut masa tu. Ingatkan selsema biasa jer. 









Karektor Zahra ni... dia ni jenis praktikal. Bukan jenis suka menghafal. Dia suka bertanya dan berusaha untuk memahami. Sangat tegas, keras hati dan tak mudah mengalah. Tapi sangat pemaaf orangnya. Namun berhati hati... dia ingat apa yang berlaku pada dia ! Huhuhu.. Mudah menolong orang dan punya daya imaginasi yang tinggi. Rasanya dia yang paling sesuai untuk ganti ak jadi blogger satu hari nanti. InshaAllah.. 

Selamat Hari Lahir Zahra Nur Iman... Daddy sayang kamu ! 

You May Also Like

0 comments